Bye Bye Hotel Equatorial Melaka

Tuesday, July 02, 2019

Penutupan Hotel Equatorial Melaka

Sedih pulak rasanya bila hotel kesukaan kami sekeluarga ini akan ditutup untuk proses `makeover' bermula 30 Jun 2019. Hotel ini pun dah berusia 22 tahun, baguslah kalau nak buat pengubahsuaian supaya setanding dan  boleh berdaya saing dengan hotel-hotel baru yang tumbuh macam cendawan di kawasan berhampiran.  Tapi nanti tukar nama la kot, takdelah gunakan nama Equatorial Melaka lagi.

Kalau balik Melaka memang tak pernah miss untuk bermalam sekurang-kurangnya 1 malam di sini.  Lokasinya yang terletak berdekatan dengan tempat santai, berehat, membeli belah di samping boleh menikmati tinggalan sejarah lama Negeri Melaka.


Inapan terakhir kami ialah pada hari raya aidil fitri baru-baru ni dengan harga promosi paling rendah pernah ditawarkan.  Memang sangat jimat dengan bilik yang biasa kami ambil.  Tak rugi jadi `frequent traveller' kat sini.

Lepas ni kenalah cari lokasi baru pulak.


Kenangan di Equatorial Melaka

Sedikit kenangan di sini. Really going to miss this hotel a lot !

  
Equatorial hotel review, equatorial melaka closed

Kolam renang nilah yang selalu jadi pujaan budak-budak bila bermalam kat sini.  Agak luas dan selesa dan view pun cantik juga.  

Equatorial hotel review, equatorial melaka closed

EQ waktu malam.  Memang jadi kebiasaan kami, malam meronda sekitar area ni. Nak ke dataran pahlawan dekat, Mahkota Parade pun tak jauh, meronda Kota A Famosa malah kalau larat walking distance juga ke Jonker Walk. 

Equatorial hotel review, equatorial melaka closed

Waktu pagi atau menghampiri senja inilah pemandangan yang biasanya akak tunggu.  Tunggu di tepi jendela.  Bilik berbeza lokasi akan dapat tengok view yang berlainan. Cantik !

Hotel Berhampiran Equatorial Melaka


Untuk korang yang nak menginap di Bandar Hilir Melaka, antara hotel-hotel yang korang boleh pertimbangkan antaranya ialah :

Imperial Heritage
Casa Del Rio
Hatten Hotel
Hatten Place

..dan banyak lagi. Pilih lokasi yang best dan selesa untuk korang berjalan.


Sayonara EQ Melaka !




You Might Also Like


4 comments

  1. wah besarnya kids pool! boleh masukkan dalam list ke melaka ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak closed dah EQ ni. Kena cari kolam lain pulak.

      Delete
  2. melaka best...hotel pun banyak pilihan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...sekarang ni sampai tak tahu nak pilih yang mana. Semua nampak best!

      Delete

Like us on Facebook

Followers