Resepi Ramadan Dan Aidilfitri Yang Sedap, Cepat dan Mudah Daripada Ayam Brand

Tuesday, June 04, 2019

Ramadan bakal meninggalkan kita tidak lama lagi dan diikuti oleh sambutan Hari Raya. Sahur dan iftar sepanjang Ramadan, diikuti oleh sambutan Eid sememangnya dapat mengumpulkan sanak-saudara dan rakan-taulan untuk menikmati hidangan tradisional, di samping meneroka makanan baru yang enak. Bagi kebanyakan orang, hidangan istimewa adalah yang dimasak di rumah. 


Bila hujung-hujung Ramadan ni selalu tak tahu nak masak apa dah. Rasa macam dah masak macam-macam...haha.  Kalau korang nak tahu, sepanjang Ramadan ni boleh dikatakan setiap hari kami akan memasak untuk berbuka dan juga bersahur.  Kadang-kadang masak banyak masa berbuka dan simpan sebahagian untuk bersahur.  Break record tau !


Bila dah plan memasak selalu, stok barang mesti sentiasa ada.  Antara stok yang sentiasa  ada kat rumah ialah  santan kelapa Ayam Brand. Macam-macam boleh masak bila stok sentiasa ada.  Salah satu menu yang akak guna santan kelapa ni ialah kari ikan pari. Huhu...sedap !



Korang nak menu dia?
Senang je.


Kari Ikan Pari

beberapa potongan ikan pari
terung potong 2 (bendi pun boleh)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah- hiris
3 ulas bawang putih - hiris
daun kari
1 sudu teh halba campur
1 biji tomato - hiriskan
Air asam jawa
1 kotak santan santan kelapa Ayam Brand
rempah kari ikan 
minyak untuk menumis
garam, gula secukup rasa




Caranya :
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih, daun kari dan halba campur. Selepas naik bau, masukkan tomato yang telah dihiris tadi dan kacau. Tujuannya adalah untuk memekatkan kuah kari nanti.  Selepas agak-agak tomato hancur, masukkan rempah kari terus ke dalam periuk. Kacau dan masukkan sedikit air. Biarkan rempah masak. Masukkan air asam jawa. Kacau lagi sampai rempah pecah minyak. 

Selepas rempah pecah minyak/masak, masukkan santan. Tengok jugak kepekatan kuah. Biarkan kuah mendidih sedikit.

Masukkan ikan pari.  Jangan lupa sedikit gula dan garam secukup rasa. Biarkan masak. Kalau nak tambah menarik boleh juga masukkan hirisan cili merah, penambah warna dalam masakan.

Selepas mendidih/masak boleh la dihidangkan untuk keluarga. Selain daripada ikan pari, boleh je korang masukkan ikan lain seperti ikan temenung, ikan merah, ikan tenggiri dan apa sahaja ikan yang korang rasa sesuai untuk masak kari.

Pelbagai Resepi Sedap, Cepat dan Mudah Daripada Ayam Brand


Ayam Brand™, terkenal sebagai produk yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet telah menghasilkan lapan resepi menarik. Ini termasuklah hidangan tradisional kegemaran ramai, selain resepi mudah dan cepat yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Resepi-resepi ini seimbang dari segi rasanya yang sedap dan pemakanan sihat. 





Donburi sardin yang mudah dan sedap bersama nasi lemak hanya menggunakan enam ramuan untuk dihasikan. Masak nasi dengan santan Ayam Brand ™, air, daun pandan dan garam di dalam periuk nasi. Kemudian hidangkan dengan sardin Ayam Brand ™ di dalam minyak zaitun. Siap. 






Anda pasti tidak puas makan sebiji bebola nasi perang tuna. Sediakan pada malam sebelumnya dan letakkan di dalam peti sejuk. Masukkan ke dalam oven untuk mencairkan keju dan membuatkan bahagian luarnya garing. Bakar, jangan goreng dan ia sedia untuk dimakan dalam masa hanya 10 minit. 



Membuat Kek Ikan Thai mungkin kedengaran sukar, tetapi Ayam Brand ™ menjadikannya lebih mudah. Kisar semua ramuan seperti Ayam Brand™ Tuna di dalam air dan santan sehingga pekat, masukkan daun bawang dan ketumbar, kemudian buat bentuk bujur dan masukkan ke dalam peti ais.  Selepas siap, layurkan dengan minyak masak kelapa Ayam Brand™. 

Udang Masak Kunyit ialah masakan yang menjadi kegemaran banyak keluarga. Versi Ayam Brand dihasilkan dengan menggorengnya bersama rempah-ratus, pada masa yang sama mengekalkan rasanya yang sedap berkrim. Hanya memerlukan masa selama 15 minit untuk disediakan, hidangkan bersama nasi atau roti pita. 




Roti Jala dengan Sardin akan memberikan rasa sedap sebagai sebahagian daripada hidangan Hari Raya anda. Manakala Coconut Cornflake Cookie dan Kuih Talam pula pasti memuaskan hati mereka yang gemarkan makanan manis.


Bagi puding roti dan keju tradisonal sempena Ramadan dan Raya pula, apa kata ubah resepi itu dengan Ayam Brand™ Coconut Milk dan kurma?

Boleh disediakan dan dibakar dalam masa 25 minit, ia sangat enak apabila dihidangkan bersama ais krim atau sos coklat.  


Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara. Sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video untuk mendapatkan lebih banyak resepi Ramadan dan Hari Raya. 

Cari kelainan dan sediakan  hidangan untuk keluarga dan tetamu dengan produk Ayam Brand !

You Might Also Like


10 comments

  1. Slmt hari raya maaf zahir batin buay azirahman

    ReplyDelete
  2. Sesuai juga untuk yang dah tak lalu rendang, ketupat hari-hari 😁

    ReplyDelete
  3. resepi yang menarik! btw saya follow sini yang ke #400 ye :) kalau free mind followback :D

    https://sayesyadiya.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. farah suka pakai brand nie..ada yang satu lagi tu cair sikit x berapa suka

    ReplyDelete
  5. Wow sedap2 belaka. Lama x mkn ikan pari

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan pari ni memang fovarite kami sekeluarga.

      Delete

Like us on Facebook

Followers