Setiap orang mesti ada makanan istimewa yang paling disukai ketika waktu berbuka puasa kan? Bagi kami terutamanya anak-anak suka sangat berbuka dengan murtabak.  Kalau hari-hari biasa kurang minatnya dengan murtabak ni tapi bulan puasa lain pulak jadinya.

Dari tahun ke tahun, harga sekeping murtabak ni macam makin meningkat pulak dan saiz mengecil. Hehe..korang perasan tak? Mungkin tak semua tempat tapi ada lah juga tempat yang akak perasan.  Bila anak-anak dah makin besar ni setakat nak beli sekeping dua memang berebut jadinya nanti.

En Hubby beri cadangan ..jomlah kita buat sendiri.  Bukan susah pun !


cara buat murtabak, resepi murtabak


Buat Murtabak Cara Mudah


Nak mudah, kalau korang malas nak uli sendiri tepung, korang boleh je beli yang dah siap diuli.  Kat mana nak cari, carilah di kedai-kedai yang ada jual roti canai.  Boleh je beli ikut berapa keping yang korang nak buat. 

Untuk intinya, akak suka murtabak daging, anak-anak ada yang suka murtabak ayam, boleh je kayuh dua-dua.  Masak daging atau ayam seperti masak kari cuma tak perlu masuk santan.  Bila daging dah masak korang keluarkanlah dari kuahnya.  Kuah tu nanti boleh buat cicah dengan roti.  

Cincang sebiji atau lebih bawang besar, bawang ni ramas-ramaskan bagi keluar bau sikit.  Boleh juga campurkan daun sup. Buat sendiri, boleh je korang nak campur sayur apa pun.  En hubby suka juga campurkan hirisan kobis. Lepas tu korang campurkan dengan daging tadi.

Pecahkan telur, kacau dan campurkan sekali dalam bahan tadi. Sebiji atau dua biji pun boleh.  Panaskan kuali leper dan curahkan campuran tadi atas kuali yang dah panas. Lepas tu korang adjustlah saiznya supaya mudah nak balut dengan tepung nanti. Balik-balikkan supaya kedua-dua bahagian masak.

Untuk tepungnya pula, kalau korang pandai menebar, silalah tebar. Akak main tekan-tekan dan tarik-tarik jer sampai saiz tepung tu besar.  Agak-agaklah saiznya nanti boleh balut inti tadi.  Lepas tu letak inti yang dah masak tadi tengah-tengah tepung dan korang balutlah elok-elok.

Letak balik atas kuali untuk masakkan tepung pulak.  Kalau tepung tu boleh tebar nipis, murtabak akan rasa garing sedikit dan lebih sedap.  Pada akak la....

Balik-balikkan sampai garing dan masak keseluruhan, boleh lah angkat.  Siap dah murtabak untuk berbuka puasa.  Bila buat sendiri, saiz memang tebal-tebal, bila makan 2,3 potong dah terasa kenyang.

Yey....dah pandai buat ! Lepas ni tak payah dah nak beli lagi.

Sorry lah yer, gambar step by stepnya tak sempat di ambil, mengejar waktu berbuka memang tak sempat nak ambil gambar.

8 Comments

  1. sedapnya, nak 1 murtabak daging tak ada bawang hehehe

    ReplyDelete
  2. suka juga dengan murtabak.. best! (done follow blog. Jemput singgah ke blog saya juga
    [Sis Hawa Dot Com ] terima kasih)

    ReplyDelete
  3. bagus juga buat sendiri kan. yela harga main naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ramai peminat kat rumah, kena belajar buat sendiri...jenuh nak beli

      Delete
  4. Suka makan murtabak jugak bulan posa ni.. Tapi nk buat selalu xsempat.. Beli ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sorang dua nak makan, beli jer. Kat rumah akak ramai peminat murtabak, kena buat jugalah.

      Delete