Drama Curi Curi Cinta

Thursday, May 02, 2019
Siapa follow cerita ni?

Akak tengok promo dia aja.  Belum tergerak nak mula tengok lagi.  Drama terbaru yang mengisi slot MegaDrama Astro Ria dan masuk episod ke 4 hari ini.  Adaptasi daripada novel karya Siti Rosmizah.  Siti Rosmizah ni merupakan salah seorang novelis yang akak minat.  Belum miss lagi membaca karya beliau.  


drama curi curi cinta, curi curi cinta astro ria


Akak teringat novel ini ada dalam simpanan kat rumah.  Cari punya cari, jumpa jugak.  So plannya nak baca novel dulu baru selang seli tengok dramanya. Cuma satu persamaan karya-karya novelis Siti Rosmizah ni ialah novel dia sikit punya tebal.  Kalau cara baca macam akak ni makan berhari-hari jugak, silap-silap minggu atau bulan nak bagi perabih.

drama curi curi cinta, curi curi cinta astro ria
sikit punye tebal bukunya...


Kalau korang nak tengok boleh lah follow kat saluran Astro Ria bermula jam 10 malam dari hari Isnin sampai Khamis.

Akak rasa macam menarik juga sebab antara pelakon yang akak suka lakonannya iaitu Fauziah Nawi turut berlakon dalam drama ini.

Sinopsis Curi-Curi Cinta

Kisah Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.

Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim, Intan merancang untuk memikat Daniel apatahlagi bila dia mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya Fariza. Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Daniel Hakim. Namun, hati Daniel Hakim sudah terkunci untuk Fariza. 

Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali.



You Might Also Like


2 comments

  1. kurang pula rasa minat nak follow Azi siri ni, faktor usia agaknya hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa-biasa je ana. Sambil-sambil lipat baju, sambil-sambil dok rehat layan la sekejap-sekejap.

      Delete

Like us on Facebook

Followers