Tips Urus Kewangan Untuk Graduan


Ramai tak graduan yang follow blog akak? Sedikit tips yang akak boleh kongsikan untuk korang para graduan terutama yang baru dapat kerja.  Selepas puas mengusung buku, mengejar dateline assignment, jawap periksa dan macam-macam lagi yang korang harungi, saat dapat pegang segulung kertas tu memang `heaven' lah, sukar untuk digambarkan.  Rasa puas ! Tambah-tambah bila tak perlu tunggu lama untuk mendapatkan pekerjaan.  Macam akak dulu setahun jugak tanam anggur, bukan sebab tak cari kerja tapi masa tu akak gunakan untuk jaga arwah mak akak yang sakit.  Tak kisahlah lambat dapat kerja pun.  

tips urus kewangan baru bekerja, tips baru bekerja,cara simpan duit baru bekerja


Bila korang dah bekerja, jangan ingat boleh berbelanja sesuka hati.  Sekarang ni kenalah pandai uruskan kewangan korang untuk mengelakkan diri terikat dengan hutang-hutang di kemudian hari.  Beruntung kalau dapat kerja dan gaji selaras dengan kelulusan yang ada, tapi kalau dapat kerja yang kurang gajinya pun tak apa. Yang penting bekerja dan bergaji.  Korang kenalah pandai susun atur perbelanjaan korang dengan apa yang korang terima.  Jom akak share beberapa tips yang mungkin korang boleh gunakan.

Teruskan Gaya Hidup Seorang Pelajar


Baru grade dapat kerja tentu banyak perkara yang perlu korang ambil kira.  Antaranya nak bayar semula wang pinjaman yang korang terima masa belajar. So korang janganlah bermewah sangat. Kalau boleh makan pun biar macam korang tengah study. Kalau tempat kerja dekat dengan rumah keluarga, stay je lah dengan mak ayah. Tak salah pun terus tinggal dengan mereka, lebih terurus.

Sediakan Tabungan


Ini paling penting.  Korang kena sediakan tabungan emergency.  Asingkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji yang korang terima sebagai simpanan kecemasan.  Bila dah simpan, buat-buat tak tahu je lah, belanja apa yang ada saja.  Tapi hutang PTPTN jangan lupa bayar..hehe

Cuba Kerja Walaupun Sukar


Bila habis study, korang jangan berehat lama.  Cepat-cepat cari kerja. Korang kena ingat, setiap tahun akan ada sejumlah besar graduan baru pelbagai bidang.  Kalau korang lambat, takut nanti dah tak fresh! Ilmu dah karat sebab tidak diasah.  Tak kiralah sesusah manapun kerja yang korang dapat, korang kena bertahan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum bercadang untuk bertukar kerjaya.  Mana ada kerja yang senang dik...nak jadi blogger yang berpendapatan 4 angka pun jenuh  nak cari idea menulis dan macam-macam lagi nak kena buat.  Bukan sekadar tulis saja tanpa tujuan. So kena sabar dan terus cuba buat yang terbaik.

Fahami Konsep Gaya Hidup


Jangan terpengaruh dengan gaya hidup kawan-kawan yang lain.  Bak kata orang sebelum berbelanja sila `ukur baju di badan sendiri' dahulu.  Kita yang membentuk gaya hidup kita sendiri dengan kemapuan yang kita ada.  Tak perlu bersaing.  

Hargai Diri Sendiri


Bila dah bekerja jangan sesekali lupa untuk menghargai diri sendiri dan yang paling penting belanjalah mak ayah pada hari pertama dapat gaji.  Bawa mereka keluar makan di tempat yang selesa sedikit atau belikan mereka hadiah.  Ibu ayah tak pernah minta tapi tak salah kalau kita berbelanja untuk mereka. Sambil tu kita juga boleh appreciate diri kita sendiri.  

tips urus kewangan baru bekerja, tips baru bekerja,cara simpan duit baru bekerja


Haaa...harap tips yang akak share ni boleh bagi idea untuk korang. Dalam keadaan ekonomi sekarang keperluan merancang dan mengurus kewangan dengan baik adalah sangat penting. Apatah lagi bagi korang yang baru merasa makan gaji.  Tapi janganlah sampai menganiaya diri sendiri.  Badan juga perlu rehat tau !

 Akak dulu takde siapa yang nak bantu nasihat, semua kena pandai-pandai sendiri.  Memanglah kadang-kadang kecundang juga dengan godaan sekeliling tapi kena cepat-cepat sedar dan kembali ke pangkal jalan..hehehhe....








4 Comments

  1. yang penting jika ada pinjaman tu, hutang selesaikan dulu kan

    ReplyDelete
  2. bab bertahan at least 6 bulan dengan kerja yang dah dapat tu teramatlah pentingnya.
    kalau selalu lompat2 kerja pun mungkin bakal majikan tak jadi nak hire hahahah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Hati kena mau sabar, biasalah mula-mula kerja memang macam-macam hal nanti sementara nak sesuai.

      Delete