Sarapan Pagi Dengan Buah Tin Dan Kurma Madu


Bila hari cuti atau hujung minggu, jadual kerja akak macam biasa juga. Kalau weeksday kalut dengan kerja ofis tapi bila hari cuti kalut dengan pelbagai tugasan di rumah.  Buat kerja di rumah lebih santai sebab takde kpi yang nak dikejar tapi lebih kepada kepuasan tengok rumah bersih, kemas, dapat menyediakan makanan untuk keluarga dan macam-macam lagi.

Biasanya belah pagi en hubby suka meronda hasil tanaman beliau sekitar rumah.  Angan-angan untuk mempunyai kebun sendiri sentiasa tersemat di hati kami, in sha Allah suatu hari nanti.  Antara yang sedang mengeluarkan hasil sekarang ini adalah pokok tin.  Ada sepokok saja tapi buahnya agak lebat juga.  Buah tin ni ramai peminat bukan sahaja kami malah turun jadi rebutan burung-burung yang berterbangan.  Untuk pastikan kami dapat juga merasa maka kenalah cepat-cepat sarungkan plastik pada buah yang hampir masak.  Kalau tak sempat, sedekah sahajalah pada sang burung...rezeki dikongsi bersama kan...

Dah jadi kebiasaan en hubby, bersarapan dengan buah tin dan kurma yang direndam dalam madu kelulut.  Hmmm sedap tau kurma rendam madu kelulut.  Penuh dengan khasiat ! Secara tak langsung persediaan untuk menyambut Ramadhan juga. 

air rendaman kurma, khasiat kurma, kurma madu, khasiat madu, khasiat buah tin, persiapan ramadhan
Kurma yang telah direndam dalam madu.  Mulanya nak simpan satu bekas untuk bulan puasa memandang stok madu asli kat rumah ni bukan selalu ada, tapi tak sampai seminggu dah habis sebekas, kena top up lain pulak. Simpan dalam peti sejuk memang mantop!!


Tentu korang tak pernah cuba makan kurma yang direndam dalam madu kan?  Cubalah memang best.  Tak susah pun, buah kurma tu korang masukkan dalam madu agak-agak terendam.  Lepas tu masukkan dalam peti sejuk.   Bila nak makan, ambil sahaja. 

Khasiat Kurma, Madu dan Buah Tin


Kurma, madu dan buah tin mempunyai pelbagai khasiat. Ianya juga adalah makanan yang disarankan untuk kita jadikan rutin makanan harian. 

Khasiat Kurma

  • Memberi tenaga
  • Kaya dengan serat dan potassium
  • Menguatkan memori
  • Baik untuk ibu mengandung/bersalin
  • Baik untuk usus dan sembelit
Khasiat Buah Tin
  • Membantu penghadaman
  • Menguatkan tulang
  • Mengelakkan sembelit
air rendaman kurma, khasiat kurma, kurma madu, khasiat madu, khasiat buah tin, persiapan ramadhan

air rendaman kurma, khasiat kurma, kurma madu, khasiat madu, khasiat buah tin, persiapan ramadhan

Walau ada hanya 1 pokok tin tapi alhamdulillah tak pernah putus buah. Masak secara berperingkat.  Memang hampir setiap pagi akan ada buah yang dah sesuai untuk dikutip.  Manis-manis buah, simpan dalam peti sejuk jugak ni, sejuk jer masuk tekak.



Khasiat madu seperti madu kelulut korang boleh baca kat sini : 


http://www.azirahman.com/2015/06/Yang-asli-adalah-yang-terbaik-madu-kelulut-asli.html


Banyak lagi khasiat sekiranya kita amalkan berterusan.  

0 Comments