RFID Lebih Baik Dari Smart Tag ?

Tuesday, April 02, 2019

Pengalaman Menggunakan RFID


Korang pernah dengar RFID? Tahu tak apa itu RFID? DAh hampir 3 bulan lebih akak gunakan khidmat RFID ni. RFID merupakan satu sistem pembayaran tol secara elektronik. Lebih kurang sama seperti Smart Tag. Juga menggunakan kad Touch N Go sebagai medium pembayaran. Pelekat TNG RFID yang mengandungi cip frekuensi radio akan dilekatkan di kenderaan korang. Yang menariknya pelekat ni tidak boleh dipindah milik sebab ianya didaftarkan atas satu kenderaan sahaja. Sekiranya korang ada lebih daripada satu kenderaan, silalah mohon berasingan.

Semasa diwar-warkan untuk pemasangan tempoh percubaan di kawasan utara bermula, akak pun tak berlengah, ambil peluang untuk cuba khidmat RFID ni.  Terpanggil untuk mencuba sebab laluan akak dari rumah ke tempat kerja , memang ada laluan RFID samada secara berkongsi dengan laluan Smart Tag ataupun laluan RFID sendiri. Sebelum ni memang ada guna alat Smart Tag tapi dok ubah masuk ke kereta yang en hubby guna. Malas nak pindah-pindahkan akak pun apply la group pilot guna RFID.

Apa Yang Perlu Ada Untuk Menggunakan RFID?


Beberapa perkara korang kena sediakan untuk menggunakan RFID ni. 

1. Telefon pintar - kenapa perlu telefon pintar? Sebab korang kena muat turun aplikasi E-Wallet Touch N Go. Semua transaksi reload adalah menggunakan E-Wallet.  Makna kata korang pada bila-bila masa boleh je top up kat nilai Touch N Go korang, tak perlu dah beratur kat tol tambah nilai.

2. Kad Touch N Go - walaupun korang boleh tambah nilai secara online, tapi korang masih perlukan kad TNG ni.  Kad ni korang kena daftarkan dalam E-Wallet korang. Kad ni korang masih boleh guna untuk laluan biasa. 

3. Aplikasi E-Wallet - aplikasi ni korang kena ada siap-siap kat telefon pintar korang.  Selain daripada guna untuk laluan di tol terpilih, korang boleh juga guna untuk membeli belah di mana-mana premis yang berdaftar dengan service ni.  Tapi akak tak pernah cuba lagi. 

4. Smart Tag - kalau korang biasa dengan laluan Smart Tag, silalah standby juga gadget ni dalam kereta.  Ada ketikanya RFID tidak dapat detect, maka Smart Tag lah yang jadi penyelamat.  Boleh je guna kad TNG yang sama. Jangan risau !

Akak rasa 4 item ni antara yang penting perlu ada.  Akak tak ada yang no 4 tapi sentiasa standby kad TNG dalam kereta.

senarai tol rfid, pemasangan rfid




Proses pemasangan RFID ni tak lama.  Lepas seminggu lebih akak mohon, akak terima email maklumkan akak terpilih dalam pilot projek ni dan boleh pilih lokasi untuk pemasangan RFID.  Akak pilih yang dekat dengan rumah lahkan, pilih masa dan terus submit.  Tiba harinya, terus ke kedai yang telah ditetapkan dan tak sampai 5 minit, pelekat RFID dan tertampal di cermin hadapan kereta akak.  Petugas akak cuba dulu, bahagian mana sensor lebih cepat pick-up.  Untuk kereta akak lebih sesuai di cermin hadapan, lagipun cermin hadapan akak memang tak pasang tinted so takdelah masalah sangat.  Kalau cermin kereta korang bertinted, kena letak di bahagian yang tiada tinted.  Kalau tak boleh di cermin hadapan, petugas akan tampal di headlamp kereta.


RFID Kebaikan dan Kekurangan


Sama seperti Smart Tag, RFID juga berfungis sebagai satu sistem pembayaran tol elektronik.  Apabila kenderaan melalui tol, pengimbas di plaza tol akan mengimbas frekuensi radio daripada tag TNG RFID.  Nampak mudah tapi sepanjang akak guna khidmat ni ada juga kurangnya yang boleh diperbaiki.  Dah nama pun pilot projek, tak bolehlah nak mengharapkan satu sistem yang sempurnakan. Yang lama pun kadang-kadang ada `hick-up' nya.

Ni komen akak sepanjang hampir 4 bulan gunakan RFID:

1.  Pelekat RFID dipasang di bahagian luar cermin.  Potensi untuk hilang memang ada. Lebih sesuai rasanya dipasang di bahagian dalam cermin tapi kalau kena pasang di headlamp memang kat luar jugaklah.

2. Selepas dapat sms mengatakan RFID akak dah boleh guna, akak pun cubalah. Sanggup tu keluar lewat malam semata-mata nak cuba sebab nak tunggu kereta tak banyak di tol, sekurang-kurangnya kalau sangkut taklah mengganggu kenderaan lain.  Laluan yang paling dekat dengan rumah, adalah laluan kongsi Smart Tag/RFID.  Beeppp.....tak lepas ko! Tak detect! Kenalah undur sebab kereta akak takde Smart Tag. Haru kan !!!

3. Esoknya pula, akak lalu di laluan RFID sahaja. Lepas.....huuh lega. Sambil senyum-senyum sebab berjaya ! So kesimpulan yang akak ambil, silalah lalu di laluan tidak berkongsi.

4. Speed korang masa masuk laluan ni kena 20 ke bawah je. Kalau korang laju sikit ada potensi sensor tak detect.  Akak cuba sekali lagi di laluan kongsi dengan kelajuan 20 je. Lepas.....hmmmm...terima kasih pada yang berkongsi info. So sekarang dah boleh lalu di mana-mana laluan RFID. Biasanya laluan berkongsi ni akak lalu bukan masa puncak untuk mengelakkan susah payah nak undur.  Tapi pada korang yang ada Smart Tag, boleh je redah. Kalau RFID tak detect, laluan korang akan ditolak daripada Smart tag je.

5. Akak suka guna E-Wallet. Mudah dan cepat. Boleh reload bila-bila masa yang korang teringat.

6. Bila korang lalu di laluan RFID, screen tidak ada paparan baki duit yang tinggal dalam e-wallet korang. So korang kena alert la bila nak reload.

Secara keseluruhannya, akak okay je guna RFID ni. Memudahkan jugalah bila tiba waktu kereta banyak nak lalu plaza tol. Dari semasa ke semasa pasti perkhidmatan ni akan lebih baik. 

Korang boleh semak laluan tol yang boleh guna RFID  kat sini : LALUAN RFID






You Might Also Like


4 comments

  1. suami shu belum buat, katanya tunggu dulu. hahaha

    ReplyDelete
  2. ive heard about this tapi tak pernah cuba. kalo kita pasang ni tapi kita guna smart tag juga macam mana ? ke benda ni boleh on off ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna dua-dua. Kalau lalu dilorong sharing RFID dan Smart tag, dia akan pick up salah satu.

      Delete

Like us on Facebook

Followers