Makan ABC Buah di A Cafe



Pernah dengar ABC buah ? Macam best je kan! ABC buah atau snowy fruit ni akak makan di A Cafe Bukit Teh, Bukit Mertajam.  Sapa yang tinggal belah utara boleh agak-agaklah kot area mana.  Cafe milik kenalan kami ni baru dibuka semula selepas berehat beberapa ketika.  Cari ilham katanya !


Dibuka hampir setiap hari kecuali Ahad bermula jam 3 petang sehingga 11 malam.  Pilihan makanan ada bermacam-macam, sampaikan tak tahu nak cuba yang mana satu..semua nampak sedap.  Korang tengoklah antara menu yang ada, harga pun taklah mahal. 


resepi abc buah, dessert menarik, abc buah, abc buah special


resepi abc buah, dessert menarik, abc buah, abc buah special

Disebabkan ramai kawan yang share menu diaorang masa singgah kat sini , akak pun tak lepaskan peluang jalan-jalan cari makan di A Cafe ni.


resepi abc buah, dessert menarik, abc buah, abc buah special


resepi abc buah, dessert menarik, abc buah, abc buah special


resepi abc buah, dessert menarik, abc buah, abc buah special

Antara menu yang siap terhidang.  Gambar-gambar ni semua daripada sharing tuan punya cafe.  

resepi abc buah, dessert menarik, abc buah, abc buah special

Haaaa....inilah abc buah yang akak bagitau awal tadi.  Ditengahnya ada ice cream dan dikelilingi dengan pelbagai jenis potongan buah-buahan.  Memang umpphhh la.  Penuh semangkuk, puas makan. Kelainan yang jadi sebutan orang yang singgah. 


resepi abc buah, dessert menarik, abc buah, abc buah special
Masa kami pergi tu malam. Tak berapa banyak gambar yang diambil.   Gambar ni dari hp en hubby. Tengok budak dua orang tu menyakat.  Hmmm..air apa tu? Kopi original. Sedap weiii...rasanya melekat...penggemar kopi kena cuba ni.

Order beberapa menu, makan kongsi-kongsi kenyang semua sebab portion setiap order agak besar juga. 

Untuk korang yang berdekatan atau yang ada berhampiran Bukit Mertajam dan teringin nak cuba ABC buah ni, boleh singkat kat A Cafe.  Akak share locationnya:

Waktu operasi:
Isnin - Sabtu
3 petang - 11 malam


6 Comments

  1. tengok gambar pun dah terliur ni, semua menu menyelerakan ^_^

    ReplyDelete
  2. best nya ABC buah!
    dekat bukit mertajam takyah dah naik jambatan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat...dan tak jauh sangat daripada rumah

      Delete