Belajar Cara Meningkatkan Trafik Blog

Wednesday, April 24, 2019
Bila dah ada blog ni, dari semasa ke semasa mesti mahukan jumlah trafik bertambah kan?  Macamana nak bagi bertambah. Bukan mudah sebenarnya nak pastikan sekurang-kurangnya ribuan  pengunjung singgah kat blog kita ni. Tambah-tambah macam blog akak yang suam-suam kuku.  Azam nak update hari-hari pun macam tak kesampaian aje.  Banyak gangguan dan kadang-kadang memang macam tak tahu nak berkongsi apa.  Itulah pentingnya kita kena rajin membaca, rajin mendengar dan rajin melihat persekitaran.  

Apa yang anda buat untuk tingkatkan trafik blog?


Apa kata kita berkongsi ilmu bagaimana nak tingkatkan trafik blog.  Cara akak mungkin ada lainnya dengan cara korang.  3 kaedah yang selalu akak guna :


belajar buat blog, trafik blog, tambah pengunjung


1. Rajin singgah blog blogger dan tinggalkan komen tak kiralah blogger otai atau blogger    baru.  Setiap blog ada content yang boleh kita ambil tahu.  Kalau blogger otai lagi banyak ilmu yang mereka kongsikan.  Blogger baru pula, pastilah sedang  mencari-cari lebih follower mereka.  Bila dah singgah, baca, jangan pulak korang lupa tinggalkan komen.  Kebanyakan blog yang akak singgah dan tinggalkan komen, pasti akan ada kunjung balas. Bukanlah mengharap tapi itu salah satu cara kita nak bina networking dan nak biasakan orang lain dengan jenama blog kita.

2. Baca dan ambil tahu isu sekeliling.  Setiap hari, masyarakat memang disogokkan dengan pelbagai kisah.  Korang kenalah pandai ambil yang mana satu yang boleh korang kongsikan di blog korang.  tapi korang kena pandai ambil yang bermanfaat, jangan asyik terfikir nak tambah follower tapi isi macam sampah.  Huhu....moga dijauhkan.

3. Mulakan menulis dengan ayat yang mudah. Biasanya bila akak tak ada idea nak menulis, akak akan tulis ayat yang mudah seperti korang nak makan apa hari ni?  Apa yang kita buat semalam dan sebagainya. Daripada ayat yang mudah begini, mesti korang akan sambung dengan ayat-ayat lain yang ada hubungkait.  Contohnya daripada tanya nak makan apa, akhirnya penulisan berkisar pula dengan makanan yang diminati seterusnya kadang kala sampai berkongsi resepi. Diam tak diam, dah boleh jadi satu post entry. 

Korang jangan tak tahu, untuk entry ni akak pun sebenarnya tak tahu nak tulis apa, tapi terfikir macamana nak tambahkan  trafik blog. Dari satu ayat sambung lagi dan lagi dan lagi....haaa...dah terhasil satu entry pendek tengahari ini.

Mungkin cara korang lain...jom berkongsi !

You Might Also Like


8 comments

  1. terima kasih untuk ilmu yang di kongsikan. kadang-kadang dah abis baca blog terus tutp adoi lupa tinggalkan jejak

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan saya pun. Nak kena tukar jadi rajin hehehe

      Delete
  2. nice idea.

    akak suka menulis hal diri dan family.
    akak suka menulis bila ada gambar.
    tak de gambar, sure tak gerak blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak walaupun hanya sekeping gambar...mesti kena ada dalam setiap entry.

      Delete
  3. tq untuk entry nie. sy tinggal kan blog 4 tahun dan blog terus jd sendu . hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan masih ada minat, boleh je terus menulis semula.

      Delete

Like us on Facebook

Followers