Musim isi e-filing dah mula. Korang dah siap ke ? Akak tak siap lagi. Masih lagi menyusun kira resit-resit yang memang sedia disimpan untuk tujuan ini.  Tapi kadang-kadang tu terlepas pandang juga, tersilap selit, cari-cari tak jumpa.

Dah jadi kebiasaan bila nak isi e-filing ni, akak kena duduk diam-diam tanpa gangguan. Tak mahu satu pun terlepas.  Ada rezeki dapatlah lebihan. Setiap bulan memang syarikat tempat kerja dah siap-siap buat potongan untuk cukai jadi taklah risau.  Tiba masa kita confirmkan sahaja jumlah sebenar lepas dapat EA form. 

Bercerita tentang duit ni, memang tak lari daripada kemampuan kita menguruskan kewangan keluarga setiap hari.  Tambah-tambah kalau pendapatan tu datangnya daripada satu sumber sahaja.  Dengan barang-barang yang harganya tak menentu, dengan keperluan asas rumah yang perlu dipenuhi setiap bulan dan macam-macam lagi.  Kalau ada anak-anak yang dah mula melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi, lagilah perlu untuk kita bijak menguruskan kewangan keluarga. 

Kenapa Perlu Pandai Menguruskan Kewangan Keluarga ?


Jawapan akak senang saja. Kita perlu pandai supaya perbelanjaan kita mencukupi daripada awal bulan sampailah ke hujung bulan, bagi yang makan gaji.  Bagi yang bekerja sendiri, lagilah kena cekap takut nanti ada masa-masa keperluan melebihi pendapatan. 

Akak share tips yang korang boleh apply kan.

1. Catat perbelanjaan setiap hari - nampak susah tapi bila korang dah buat hari-hari takde dahlah rasa susah tu.  Akak kadang-kadang rekodkan juga terutama bila rasa hari tu macam kerap sangat buka beg duit.  Catat untuk seminggu dua dan buat analisa sendiri. 

2. Tambah pendapatan - sekarang ni dah jadi trend buat kerja sampingan.  Ramai antara kawan-kawan sekeliling kita yang berjualan macam-macam jenis barangan.  Kita pun boleh juga tapi kena pandai pilih apa yang kita nak buat sebagai 2nd, 3rd income kita.  Buat pilihan ikut kemampuan, jangan sibuk nak tiru orang lain.

3. Sediakan tabung kecemasan - sebaiknya setiap keluarga kena ada satu tabung kecemasan.  Tak perlu banyak tapi kena ada. Kecemasan kita tak jangka. Bila ada sedikit tabungan untuk ini, sekurang-kurangnya legalah sikit. Kalau mampu isi banyak, simpan banyak kalau tidak ketepikan semampu yang korang boleh.

4. Fokus menyimpan - sekurang-sekurangnya korang kena ada sedikit bahagian daripada pendapatan bulanan untuk tujuan menyimpan. Kalau boleh dapatkan tempat yang korang boleh kembangkan jumlah simpanan seperti pelaburan unit amanah dan sebagainya.  Cara akak mudah saja, ketepikan sedikit, simpan dan jangan ambil tahu dah.  Biarkan duit itu berkembang sendiri.


pengurusan duit, simpanan keluarga, budget kewangan keluarga
gambar google


5. Jauhi hutang jahat - apa dia hutang jahat? Pada akak hutang jahat yang perlu akak jauhi ialah penggunaan kad kredit.  Masa guna memang seronok, senyum sampai telinga sebab hajat dapat dipenuhi.  Bila masa membayar mulalah nak bertangguh bayaran penuh, bayar separuhlah dan akhirnya jadi beban. Akak dah lama tidak menggunakan kad kredit. Alhamdulillah okay ja.

6. Pilih rakan yang betul - Jangan sampai kawan makan kawan.  Pilihlah kawan yang betul bukan kawan yang suka ajak korang berbelanja.  Bila kawan ajak shopping, kalau korang rasa poket tak berapa mengizinkan kenalah pandai-pandai menolak.  Takut nanti teringin juga berbelanja. 

7. Struktur semula perbelanjaan jika tidak dapat menyimpan - Setiap kali gaji masuk, kena pastikan ada simpanan, ada perbelanjaan. Perbelanjaan jangan sampai melebihi simpanan. Simpanan perlu ada walaupun sedikit.  Bila dah simpan, jangan ambil peduli. Tunggu hujung tahun baru kita tengok semula berapa simpanan yang kita ada. 

Harap dapat membantu korang.  Akak pun kadang-kadang `tersangkut' juga. Yang penting beringat sentiasa....dah jom siapkan e-filing.

2 Comments