Semalam Di The Raise Hotel, Hadyai
Aci tak kalau nak tulis throwback cuti sekolah lepas?
Aci la kan...sharing is caring. Tak lama lagi nak cuti sekolah dah, mana tau korang masih lagi dok tercari-cari aktiviti nak buat.
Tb kisah percutian singkat kami ke bumi Siam. Last minute plan, last minute semuanya...seperti biasalah percutian keluarga Azirahman memang macam tu, baru seronok dan keterujaan dia lain macam sikit. Tapi untuk trip yang dekat-dekat ja la, kalau jauh kena plan betul-betul jugak.
Okay trip singkat ke Pak Bara dan Hatyai. Entry ni akak story pasal tempat penginapan di Hatyai dulu. Bila last minute, susahlah nak dapat tempat yang dekat dengan lokasi tumpuan ramai, tapi boleh je nak cari yang berhampiran. Tak perlu risau nak bergerak ke sana ke sini macamana. Kalau rajin, drive lah sendiri, kalau tak guna tuk tuk aje. Dah beberapa kali sampai di Hadyai sebelum ni so tak la rasa cuak sangat dah boleh agak masa nak spend kat mana dan lama mana.
Bila sampai di The Raise Hotel ni, kami tak lah expect tinggi sangat. Yelah last minute kan, kita kena terima apa pun keadaan. Walaupun agak ke dalam sikit daripada jalan besar tapi still tak la jauh mana. Lokasinya berhampiran kawasan perumahan, hotel taklah besar sangat tapi ada tempat parking yang sesuai di hadapan hotel untuk penghuni yang drive sendiri.
Di lobby, tak perlu risau, ada pekerja yang boleh berbahasa Malaysia. So tak perlulah ayam dan itik bercakap...hehe..Oleh kerana takde connecting room, kami ambil bilik yang berdekatan. Nak bilik sebelah-sebelah tapi tak de pulak yang occupy. Tak pelah still dalam tingkat yang sama.
Masuk bilik, sekali lagi terkejut. Biliknya agak luas juga kalau nak banding dengan harga yang ditawarkan. Katil single pun boleh muat untuk dua orang. Kiranya kalau sumbat semua dalam satu bilik pun lebih daripada cukup. Tapi kenalah follow rules hotel. Anak-anak pun dah besar. Kemudahan dalam bilik sama macam hotel-hotel lain.
Daripada The Raise Hotel ni korang boleh jalan kaki saja ke Asean Night Bazaar.
Sarapan pagi di sini sangat simple. Memang tak banyak pilihan tapi yang penting apa yang ada tu kita tak perlu was-was untuk makan. Roti bakar, omelette, buah-buahan, kopi dan teh, cukuplah kan alas perut. Berpatutan dengan harga bilik yang dibayar.
Secara keseluruhannya, akak puashatilah dengan hotel ni. Pada korang yang ada perancangan ke Hadyai, bolehlah cuba bermalam di sini.

Semalam di The Raise Hotel, Hatyai
Masa booking, akak memang berpandukan harga dan gambar-gambar dalam website saja. Hati dan pandangan mata dah terpaut dengan The Raise Hotel. Tengok gambar cantik dan lokasi taklah jauh daripada Asean Night Bazaar. Tengok harga pun, menepati budget. Tanya en hubby, dapat lampu hijau so akak booking 2 bilik untuk kami sekeluarga, tak sampai pun RM300 untuk semalam, twin bed dengan sarapan pagi, parking free lagi.
Lambang The Raise di laluan masuk. Ada pak guard kat situ. Nanti dia assist sampai korang parking kereta.
Bila sampai di The Raise Hotel ni, kami tak lah expect tinggi sangat. Yelah last minute kan, kita kena terima apa pun keadaan. Walaupun agak ke dalam sikit daripada jalan besar tapi still tak la jauh mana. Lokasinya berhampiran kawasan perumahan, hotel taklah besar sangat tapi ada tempat parking yang sesuai di hadapan hotel untuk penghuni yang drive sendiri.
Bangunan hadapan hotel. Ada 6 tingkat kalau tak silap. Lobby simple je. Ada tv tempat lepak-lepak.
Di lobby, tak perlu risau, ada pekerja yang boleh berbahasa Malaysia. So tak perlulah ayam dan itik bercakap...hehe..Oleh kerana takde connecting room, kami ambil bilik yang berdekatan. Nak bilik sebelah-sebelah tapi tak de pulak yang occupy. Tak pelah still dalam tingkat yang sama.
Masuk bilik, sekali lagi terkejut. Biliknya agak luas juga kalau nak banding dengan harga yang ditawarkan. Katil single pun boleh muat untuk dua orang. Kiranya kalau sumbat semua dalam satu bilik pun lebih daripada cukup. Tapi kenalah follow rules hotel. Anak-anak pun dah besar. Kemudahan dalam bilik sama macam hotel-hotel lain.
Masuk bilik, cepat-cepat bagitau dik wan jangan lompat katil dulu..haha..ibu nak ambik gambar. Hidup blogger...macam tu la... Ada coridor luar untuk setiap bilik. Tapi tak buka sangat pun sebab mengadap kawasan perumahan di depan tu. Tarik tirai ja la.
Katil pun selesa. Ruang antara dinding kiri dan kanan dengan katil, memang agak luas, boleh bentang toto lagi.
Ruang dari pintu masuk. Depan dik wan tu pintu bilik air. Tak ambil gambar pulak. Takde la luas tapi selesa lah bilik airnya. Cuma air panas tak berapa nak function tapi okaylah tak sejuk sangat pun.
Daripada The Raise Hotel ni korang boleh jalan kaki saja ke Asean Night Bazaar.
Sarapan pagi di sini sangat simple. Memang tak banyak pilihan tapi yang penting apa yang ada tu kita tak perlu was-was untuk makan. Roti bakar, omelette, buah-buahan, kopi dan teh, cukuplah kan alas perut. Berpatutan dengan harga bilik yang dibayar.
Secara keseluruhannya, akak puashatilah dengan hotel ni. Pada korang yang ada perancangan ke Hadyai, bolehlah cuba bermalam di sini.
8 Comments
Nieyl baru plan ngan kawan² nak ke Hatyai...
ReplyDeleteSila-sila...ada banyak juga yang menarik di Hatyai
Deletebestnya dapat bercuti
ReplyDeletejemput singgah | pendidikan4all |
Alhamdulillah sesekali bolehlah cuti-cuti reward untuk diri sendiri dan keluarga.
Deletecantik hotelnya, teringin nak berjalan ke sana juga one day
ReplyDeletein sya Allah..ada peluang nanti boleh pi ronda hatyai
Deletecantik bilik dan bangunan dia. harga pun berpatutan.. hehe nnt citer lagi eeyh trip akak ke Hatyai. tengah plan jugak nak kesana.. tp tatau bila..
ReplyDeletein sya Allah ada lagi beberapa tempat nak share.
Delete