Rajin adik Rajin
Rajinlah belajar
Bila besar nanti 
Boleh tunjuk ajar

Ayah juga ibu
Gembira selalu 
Melihat adikku rajin baca buku


Tiba-tiba terngiang-ngiang pulak lagu ni di telinga. Lagu anak-anak. Tak tahulah korang pernah dengar atau tidak tapi masa anak-anak akak kecil-kecil dulu memang selalu juga nyanyikan lagu ni pada depa terutama masa-masa nak suruh pegang buku.

Memang dah jadi rutin akak bila hari sekolah, sebaik tamat waktu bertugas terus bergegas pulang sebab dah janji dengan adik wan ambil dia di sekolah.  Tahun ni dia sekolah sesi petang, jadi memang ngam masa akak sampai depan pagar sekolah loceng waktu balik berbunyi.  

Tahun ni dah hampir 2 minggu juga adik wan dah tinggalkan waktu persekolahan disebabkan keadaan kesihatan dia yang tidak mengizinkan tempohari.  Walaupun ramai yang kata tak apa, awal lagi tapi bagi akak dan hubby, sayang juga masa belajar yang dah tertinggal.  Selalu pesan dekat adik wan untuk cuba cover balik masa-masa yang dah tertinggal.

Akak memang kagum dengan semangat dia.  Tak perlu suruh, dia sendiri yang minta pinjam buku kawan-kawan tengok apa yang boleh disalin semula atau mana-mana latihan yang tertinggal untuk dibuat.  Dia sendiri jugalah yang cari masa untuk buat latihan tambahan di sebelah pagi sekiranya ada kesempatan dan mood baik.  Yang ni akak tak pernah paksa, tuan punya badan sendiri kena sukarela nak buat.  Alhamdulillah tak setiap haripun, ada hari-hari yang memang dia akan buat ulangkaji penuh.

kisah anak-anak, rajin belajar, cari ilmu, kisah keluarga


Yang paling akak kagum  anak seorang ini, setiap hari sekolah sebaik sahaja sampai rumah, dia akan terus semak beg sekolah, siapkan kerja-kerja yang tak habis, susun buku ikut jadual esoknya dan  terus mandi untuk ke kelas iqra pula.  Bukan nak puji anak sendiri tapi tak semua anak-anak seusia dia akan buat sepertimana yang dia buat.

Alhamdulillah dalam keadaan kesihatan dia sekarang, dia tidak pernah lupa tanggungjawap untuk mencari ilmu.  Moga terus istiqomah. Kami sentiasa doakan adik wan menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat, tidak mudah menyerah kalah.


2 Comments