Pemakanan Untuk Pesakit Nefrotik Syndrom

Thursday, March 07, 2019
Berkongsi lagi.

Semenjak adik wan di dignose sebagai pesakit Nefrotik Syndrom, baik akak mahupun en hubby, jenuh google cari info lanjut tentang rawatan dan penjagaan pesakit.  Walaupun nefrotik syndrom bukanlah kronik buah pinggang tetapi kalau penjagaan tidak betul boleh menjurus ke arah itu juga.  Apa yang doktor selalu pesan pada kami, kurangkan pengambilan garam dan jauhi makanan proses. Sebaiknya sediakan sendiri diet pemakanan anak.

Bukan mudah nak sediakan diet pemakanan dik wan walaupun dia bukanlah seorang yang cerewet.  Asalkan kita masak apa yang dia suka, dia akan makan tanpa komen walaupun rasanya kurang.  Yelah kan bila masakan kurang garam, korang sendiri pun susah nak telan.

Sehari kena sediakan untuk sarapan, makan tengahari, bekalan ke sekolah dan makan malam.  Biasanya untuk pagi akak akan masak siap-sap sebelum ke tempat kerja.  Kadang-kadang masakan yang sama akan dibawa bekalan ke sekolah. En Hubby pula akan sediakan makan tengahari. Biasanya apa yang di makan waktu tengahari akan repeat semula untuk makan malam.  Boleh hilang idea bila nak kena sediakan setiap hari.  Untung akak sebab en hubby bekerja sendiri so boleh luangkan masa yang lebih untuk dik wan.

Korang nak tau antara masakan yang kami sediakan untuk dik wan?

syndrom nefrotik, nefrotik syndrom, resepi sihat
Nasi suku, ayam goreng berkuah, kacang goreng dengan telur. 

syndrom nefrotik, nefrotik syndrom, resepi sihat

Ayam goreng kacang dan karot dengan telur dadar.

syndrom nefrotik, nefrotik syndrom, resepi sihat

Isi ikan celup tepung masak sweet sour dan telur dadar.  Sos sweet sour tu guna tomato yang diblend campur sedikit cili kisar. Tambahkan dengan potongan sayur labu dan nenas. 

syndrom nefrotik, nefrotik syndrom, resepi sihat

Ayam masak kuah blackpepper dengan lonak putih.

syndrom nefrotik, nefrotik syndrom, resepi sihat

Ayam paprik cara kami.

syndrom nefrotik, nefrotik syndrom, resepi sihat

Telur bungkus.

Nampak menarik kan! Semua masakan ni kurang garam. Kalau kita rasa sama seperti tiada garam langsung.  Untuk tambah perisa masakan kenalah kreatif gunakan lada putih, nenas, carot, udang dan lain-lain lagi yang sesuai.  Biar rasa manis udang, masam nenas, pedas-pedas lada putih dan manis gula perang blend dengan rasa masakan kurang garam.  

Kami sekeluarga pun dah biasa dengan rasa masakan macam ni.  Biasanya juga masak sekali kemudian asingkan untuk dik wan dan selebihnya barulah tambah perasa lain untuk kami.  Tapi jarang sangat buat begini, kami makan apa yang dik wan makan. Sempat doktor mengusik kami - lepas ni ibu ayah mesti tak kena darah tinggi !

Resepi Untuk Pesakit Buah Pinggang


Bila takde idea, kenalah google juga.  Dua link yang akak share kan ni mungkin boleh membantu menambah idea untuk korang  yang memerlukan.  Akak pun kadang-kadang cilok idea kat sini juga. Yang penting korang jangan stress. Yang tak ada penyakit pun boleh je nak cuba memandangkan hidangan ni dah tentu nya sihat dan disarankan oleh mereka yang pakar.




Kalau dulu bolehlah jugak selit-selitkan sesi makan luar bila virus M menyerang. Tapi sekarang bila virus M datang kena halau jauh-jauh.  Tiada lagi makanan ringan, apatah lagi fast food.  Tapi kadang-kadang tu singgah juga, kena pandai-pandailah pilih yang tidak memudaratkan atau biasanya akak akan siapkan bekal dari rumah untuk dik wan.

Yang penting kena ada kemahuan untuk sihat.


You Might Also Like


0 comments

Like us on Facebook

Followers