Semalam akak bercuti sehari.  Bila dah banyak umur ni, dapat bercuti kat rumah memang satu nikmat yang tak boleh disangkalkan.  Dapatlah berehat tenangkan minda.  Tapi semalam bercuti sebab ada appointment lanjut rawatan adik wan di GH.  

Awal pagi dah siap masak lunch untuk dik wan. Appointment sebelah petang. Ada masa sambil-sambil tu keluarlah melawat kawasan sekitar rumah.  Akak ni kalau hari kerja memang jarang sangat meronda kawasan, petang masuk pagar rumah terus masuk rumah berkisah pulak hal-hal dalam rumah. So masa cuti memang sangat-sangat berharga.

Tak sangka banyak juga tanaman baru yang en hubby usahakan. Untung orang kerja sendiri, ada masa untuk uruskan minat.  Alhamdulillah ...semenjak en hubby ambil keputusan bekerja sendiri, banyak hal berkaitan kerja-kerja rumah ada yang membantu terutama urusan anak-anak sekolah.  Tambahan dalam keadaan adik wan yang perlukan lebih perhatian.  

Jom tengok apa yang en hubby bercucuk tanam sekitar rumah.


hasil bertani, tanaman mudah, berkebun

Suka sangat sambal belacan, hasilnya anak-anak cili dah mula membesar. Tak banyak manapun.  Sebelum ni pernah juga semai pokok cili merah. Banyak hasilnya tapikan perlukan lebih  penjagaan daripada serangan serangga perosak. En hubby kalau boleh nak kurangkan penggunaan racun.

hasil bertani, tanaman mudah, berkebun

Serai dan nenas madu. Dihujung tu ada beberapa rumpun pokok ubi kayu.  Tak sabar nak cabut ubi kayu sendiri.  Harap-harap ada hasilnya nanti.

hasil bertani, tanaman mudah, berkebun

Antara pokok limau yang ada.  Pokok limau ni ditanam dalam pasu saja. Mudah kalau nak alih-alihkan.  Tapi bila tanam dalam pasu ni kena rajin lebih sedikit, tambah-tambah musim panas. Untuk kekalkan kelembapan tanah dalam pasu, en hubby letakkan sabut-sabut kelapa. Jadi bila siram, air akan meyerap di sabut, jadi tanah jadi sejuk dalam tempoh panjang.

hasil bertani, tanaman mudah, berkebun

Buah tin pun dah mula berputik. Kali ni agak banyak juga. Hasil tambahan baja mungkin.  Dah lama tak makan buah tin segar dipetik dari pokok.  Harap-harap kali ini, sempatlah merasa.  Nak kena balutkan juga supaya tiada haiwan lain yang makan dulu buahnya.

hasil bertani, tanaman mudah, berkebun

Lagi pelbagai jenis pokok limau.  Banyak guna limau ni, boleh buat basuh ikan, boleh perah airnya untuk masakan dan boleh juga dihiris kulitnya campur dengan sambal belacan, air asam ataupun cencaluk.  Hmmmm...rasa meleleh pulak air liur......

hasil bertani, tanaman mudah, berkebun

Pokok daun selasih di bahagian depan dan sepasu pokok rosemary di belakangnya.  Korang tahu tak daun selasih ni kalau dimasukkan ke dalam masakan siam seperti paprik, tomyam sedap tau aroma baunya.  tak percaya korang cubalah!  Rosemary tu baru cuba tanam, harap-harap terus segar.  Pokok-pokok ni en hubby tanam berdekatan kolam ikan, senang nak siram dan kawasannya pun redup sejuk.

hasil bertani, tanaman mudah, berkebun

Yang ni pula belimbing besi.  Banyak pulak buahnya kali ini.  Suka masukkan dalam sambal belacan dan masakan seperti masak lemak udang dan asam pedas.

Ada lagi yang dalam perancangan untuk di tanam.  Tanah tak luas mana tapi boleh je kalau rajin.  Sekarang ni ada macam-macam cara boleh guna untuk yang suka berkebun.  Rajin google dapat lebih info. Seronoknya bila dah ada hasil sikit-sikit dapatlah juga berjimat daripada membeli.  Terima kasih pada en hubby yang rajin bertani ni. Akak tumpang seronok ja..

Tak rugi berbudi pada tanah...

4 Comments

  1. bestnya. saya kalau ada rmh sendiri dgn tanah luas pun nak jugak berkebun.kalau nak guna tinggal petik je. fresh dari ladang sendiri. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah angan-angan dari dulu lagi. Sekarang ni baru nak buat sikit-skit.

      Delete
  2. SubhanAllah....macam-macam tanaman ada Azi ni.
    Bestnya bila dah boleh dipetik.
    Daun rosemary masuk dalam resepi ayam panggang pun sodap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..usaha en hubby tu. Kita tolong sokong dari belakang je. Seronok bila dapat lihat dan rasa hasilnya.

      Delete