Menghirup Udara Nyaman Di Air Terjun Penyel Sungai Siput
Dah lama akak nak share tempat menarik ni dalam blog, selalu saja tak kesampaian. Lokasi menarik ni akak dan family singgah pada cuti sekolah hujung tahun 2018. Taklah lama sangat kan, masih valid untuk dikongsikan dengan korang semua.
Air Terjun Lata Penyel ini terletak tidak jauh daripada destinasi Kuala Mu, Sungai Siput. Juga terletak di dalam perkampungan orang Asli, Kampung Pendeq, Pos Yam. Menariknya tempat ini adalah kerana ianya jauh daripada hiruk pikuk kota dan kedamaian dan ketenangan kawasan air terjunnya. Sesekali masuk area jauh ke dalam ni seronok juga.
En Hubby pernah sampai ke kawasan ini 2,3 tahun lepas bersama kawan-kawannya. Tak sangka pulak kami pun berkesempatan ke sini. Walaupun jauh tapi sangat puashati sebab kawasannya cantik.
Air Terjun Lata Penyel Menggamit Percutian Keluarga
Air Terjun Lata Penyel ini terletak tidak jauh daripada destinasi Kuala Mu, Sungai Siput. Juga terletak di dalam perkampungan orang Asli, Kampung Pendeq, Pos Yam. Menariknya tempat ini adalah kerana ianya jauh daripada hiruk pikuk kota dan kedamaian dan ketenangan kawasan air terjunnya. Sesekali masuk area jauh ke dalam ni seronok juga.
En Hubby pernah sampai ke kawasan ini 2,3 tahun lepas bersama kawan-kawannya. Tak sangka pulak kami pun berkesempatan ke sini. Walaupun jauh tapi sangat puashati sebab kawasannya cantik.
Dulu tak ada jalan elok macam ni. Sekarang dah siap bertar sampai dalam. Sunyi tu agak sunyi jugaklah tapi adalah yang lalu lalang. Masa nampak pemandangan di hujung sana, memang dah teruja sebab akak memang suka suasana gitu.
Kalau orang nak ke sana, masuk jalan tar tu pandu terus sampailah korang nampak signboard ni. Kalau terlepas, korang akan terus ke Kuala Mu. Lata Penyel sebelum simpang ke Kuala Mu. Nampak macam baru lagi dipopularkan so tak ramai lagi rasanya yang tahu tempat ni. Masa kami sampai pun ada 2 keluarga sahaja yang sedang berkelah sambil mandi di bawah air terjun yang sejuk.
Kenderaan tak boleh masuk sampai ke air terjun, kena parking luar di kawasan kampung dan kenalah menapak lebih kurang 800 meter untuk sampai ke kawasan air terjun. Tak tahu lah berapa kali akak berhenti ambil nafas. Hahaha...dah lama tak beriadah macam ni cepat semput ! Barang-barang anak-anak dan en hubby yang bawa. Jalannya agak memanjat sikit sebab tulah semput.
Sesampai kat lata ni korang akan nampak beberapa pondok yang disediakan oleh orang-orang asli di situ. Kawasanpun bersih berjaga. Pondok-pondok ini kalau korang bercadang nak bermalam, boleh juga disewa dan dibayar pada tok batin di situ. Kalau tak silap akak RM60 semalam dan boleh pilih samada nak yang kosong macam ni atau ada bilik kecil. Pondok-pondok ni besar sebenarnya, korang boleh pasang satu khemah pasang siap diatasnya. Tandas juga ada disediakan. Kalau yang suka adventure dan aktiviti berkhemah memang seronok dapat ke sini. Jangan risau, sebelah malamnya akan ada anak-anak kampung asli yang datang teman kawan ini, bantu korang sekiranya perlukan bantuan.
Inilah air terjun Lata Penyel. Sangat cantik di pandangan mata akak ni. Dapat duduk dibawah air terjun tu, sejuk sampai ke tulang. Tak puas sebenarnya berendam di bawah percikan air terjun ni. Kami bercadang nak ke sini lagi nanti dan bermalam sekali. Sesekali beraktiviti macam ni dengan anak-anak mesti seronok.
Kalau korang nak cuba ke sini, landmark nya ialah arah ke Kuala Mu saja. Sebelum simpang ke Kuala Mu, korang akan jumpa jalan ke Pos Yam ni. Boleh saja bertanya dengan masyarakat orang asli yang korang terserempak. Mereka pasti bantu. Kalau ke sini, korang jangan lupa beli ubi kayu bukit yang mereka tanam. Isinya lembut, gebu ...sedap!!!
Selamat beraktiviti.....
11 Comments
Ye la kak Azi...cantik betul lata ni..air terjun dia cantik sangat...sesekali kalau nak adventure boleh la berkhemah kat pondok tu kan..murah pun murah..
ReplyDeletememang cantik. Tak puas lagi dok bawah air terjun tu. Kalau ada peluang memang nak pergi bermalam kat situ.
DeleteSg Siput..kampung saya ni..tapi tak pernah lagi masuk smpai kwsn org asli ni..lagi la tak tahu ada plak air terjun ni..cantik upenya air terjun kat sini..sesekali buat xtiviti macam ni, best gak..
ReplyDeleteBanyak tau kawasan cantik kat perkampungan orang asli sungai siput ni.
DeleteLamanya tak tgk air terjun....
ReplyDeletelagilah kalau musin panas skrg ni...best berendam ni...
Tu lah, musim panas ni memang sedap dapat berendam.
Deletetengok air terjun terus rasa nak pergi.
ReplyDeletelamanya lahaiii tak duduk bawah air tu.
sejuk besttt :)
dari sekolah di pekan terdekat tu, agak-agak berapa jam ye nak sampai ke pos yum? saya pernah sampai ke kuala mu, dalam 2 jam juga, naik kereta exora.
ReplyDeleteberapa jam nak sampai ke pos yum? saya pernah sampai ke kuala mu naik exora sebelum ni.
ReplyDeleteKalau nak berkhemah kt situ tanpa sewa pondok tu boleh ke??
ReplyDeleteCamping berkhemah kt situ tanpa sewa pondok2 tu boleh ke?? Kena bayar tapak perkhemahan ke??
ReplyDelete