Lamanya tak update. Sibuk sangat agaknya akak ni. Ramai ke yang masuk jenguk tapi blog tak berupdate.  Kesian kat korang, sebagai pembuka 2019 kena update sikit aktiviti terakhir dengan anak-anak sebelum masing-masing sibuk dengan sekolah.

1.1.2019 hari pertama persekolahan di negeri Kedah.  Lega akak ni sebab tak kalut nak ambil cuti di awal tahun untuk menguruskan hari pertama persekolahan.  Salah satu kelebihan bekerja di negeri yang tak sama cutinya dengan negeri tempat tinggal.   Tahun ni tak kalut sangat sebab takde anak yang nak masuk darjah satu mahupun tingkatan satu.  Persiapan biasa-biasa aje. Seminggu sebelum sekolah buka, mana yang perlu diganti dah ganti cuma ending last sekali part pendekkan kaki seluar, tampal lencana, yang itu memang biasa malam sebelum sekolah baru siap.

Tahun ni adik wan dan masuk darjah 2 dan kakak afiah pun dah masuk tingkatan 5.  Ada exam besar hujung tahun nanti, akak pun kena turun padang lebih kerap ni.  Amira dah pulang semula ke asrama untuk tahun kedua.  Abang irfan dah lama masuk semester semula. Macam biasa, sebelum balik asrama kenalah ada bekalan sikit.

Akak bukanlah pandai sangat bab-bab buat kuih ni tambah-tambah kalau berasaskan pastri. Memang fail! Tapi dah lama teringin nak bakar pasti jadi gebu sedap macam yang jual kat kedai tu.  Nak mudah beli saja pastri yang dah siap. Lepas tu pandai-pandailah nak menjadikan dia kuih yang sedap dan disukai.

Pastri Mudah Dan Menepati Selera Sekeluarga


En Hubby dah lama juga bagi hint minta akak kembali cergas menghasilkan kuih muih untuk santapan pagi, petang atau bila-bila masa pun untuk keluarga.  Tak payah dah lah sibuk dok keluar cari kuih bila teringin nak makan.  Okay...okay...mood datang kita buat! Tapi kali ni memang merajinkan diri untuk bekal anak balik asrama.  Jiwa mak...mak...kan...

Pastri bakar ni 3 kali akak buat. Semangat nak buat tu bila terjumpa pastri siap dekat pasaraya Giant.  Terus ambil tak fikir dah, lepas tu kali kedua singgah dah takde stok.  Puas akak gali dalam freezer kat Giant tu. Ramai peminat ni! Kali ketiga singgah bukan nak cari pastrik ni tapi sambil-sambil jalan tepi freezer ternampak berbungkus-bungkus pastri siap, haa..jangan lepas peluang, ambil tiga bungkus siap. Beli lebih simpan dalam freezer kat rumah, mudah bila barang ada, bila-bila mood rajin mendatang boleh terus buat.

pastri gebu dan sedap, kulit pastri siap, puff mudah disediakan
Satu pack ni ada 10 keping kulit pastri. Macam-macam boleh buat dengan 10 keping tu, rajin dengan tidak aje.


pastri gebu dan sedap, kulit pastri siap, puff mudah disediakan
Kali pertama buat masa awal cuti sekolah.  Puff sardin gulung.  Mula-mula rajin gulung, lepas tu nak cepat siap, isi inti lipat je jadi segitiga. Bahagian tepi tekan dengan garfu asalkan tak terbuka.  Inti puff ni akak buat sambal sardin campur dengan kentang potong dadu dan bawang potong bulat. Atas puff sapukan dengan kuning telur bagi nampak cantik kekuningan.


pastri gebu dan sedap, kulit pastri siap, puff mudah disediakan
Kali kedua buat empatsegi.  Intinya daging cincang dan kentang potong dadu. Buat macam inti karipap.   Dapat 10 ketul. Makan seketulpun dah kenyang. 


pastri gebu dan sedap, kulit pastri siap, puff mudah disediakan
Yang ni cubaan kali ketiga untuk bekal kak amira.  Puff jem blueberry.  Main buat aje ni lepas tengok video kat PASTRI di fb. Jadilah jugak...

Cara nak buat puff ni mudah je.  Pastri tu lepas defrost janganlah lama sangat korang biarkan, nanti dia lembik.  Lepas isikan inti yang korang berkenan, masukkan dalam oven dan bakar lah dalam 15-18 minit dengan suhu 175c. Akak guna api atas bawah.  Korang adjustlah ikut oven masing-masing. 

Puashati bila buat menjadi.  Anak-anak suka, maknya apatah lagi. 5 bintang kata en hubby!

Sepanjang cuti sekolah ni tak tahulah berapa kali punye ulang ke pasaraya. Jenuh asyik usung troli.  Dah masing-masing mula kelas, lega lah mak sekejap, tak perlu restok selalu sangat barang dapur. Kena menyimpan balik untuk cuti sekolah akan datang. Entri cuti sekolah nanti-nanti akak update pulak.

Eh!! Korang cubalah tau...







6 Comments

  1. Rajinnya akak..saya rajin makan je he he..

    ReplyDelete
  2. eeh menarik la pastry tu.. dlu kakak sdara meniaga rajin dia tapi skrng xde da. dok kejar anak2 je hahaha.. ada yang instant ni mudah la.. nak kena cari. tingin nak buat yang inti penuh nuttelaaa tu dapnyee !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...macam best tu letak nutela..nanti boleh cuba

      Delete
  3. Semangat pulak akak nak cuba lepas tau ada kat giant. Dekat dah ni 😉
    Selamat tahun baharu Azi ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah..yang jadi semangat nak buat sebab ada kulit pastri segera.

      Delete