Lama tinggalkan blog bersawang tak berjengok.  Rindu nak menulis tapi kesempatan sangat terbatas.  Mungkin ada yang tertanya-tanya ke mana akak menghilang agak lama. Sunyi di semua media, sesekali aje muncul.  Mungkin ada juga yang dah tahu ke mana menghilangnya akak ni kan.

Ada je sebenarnya cuma hampir kebanyakan masa 24 jam sehari akak tumpukan pada anak yang bungsu yang tidak berapa sihat kebelakangan ni.  Hampir 11 hari kami bermalam di ward hospital.  Banyak yang akak nak kongsikan tapi nanti sikit-sikit akak share ye. Banyak juga yang akak nak kena baca dan dapatkan info lagi.

Adik Wan baru-baru ni doktor dignose mengidap penyakit Nefrotik Syndrom, berkaitan dengan buah pinggang.  Pada akak dan keluarga, inilah pertama kali kami tahu tentang syndrom ini.  Aduh.....bagai nak gugur jantung bila disahkan dan doktor maklumkan anak perlu ditahan wad untuk rawatan lanjut. Seumur akak sampai sekarang, masuk wad hospital ialah bila nak melahirkan anak sahaja.  Memang fobia bila dengar hospital pada masa-masa yang lain.

Insan Terpilih Ujian Allah, nefrotik syndrom
Kesian manja ibu ni dah dua minggu lebih tidak dapat ke sekolah.  Takpa kita bagi sihat dulu.Buat latihan kat rumah pun boleh asalkan adik terus bersemangat untuk belajar.  Fokus utama kita sekarang untuk adik sihat dahulu. Lepas dah sihat, kita follow yang lain-lain pulak.


Tapikan siapalah kita untuk  menolak ketentuan Allah.  Tak tahu nak cerita rasa masa itu. Yang terfikir, macamana nak pulihkan. Insan terpilih ujian Allah. Itulah yang selalu akak ingat, Allah nak bagi pahala lebih pada kami, Allah tahu kami mampu. Dalam kepada memang sentiasa ingat, setiap penyakit yang Allah beri, pasti ada penawarnya, cepat atau lambat.  

Alhamdulillah. Nampak progress yang lebih baik walaupun daya ketahanan dik wan agak berkurangan sepanjang tempoh rawatan ini.  Tapi in sya Allah, dik wan kuat sebagaimana kami kena kuatkan diri kami.

Korang semua doakan yer anak akak dapat pulih seberapa cepat yang boleh.  Kalau ada yang berpengalaman tentang Nefrotik Syndrom ni, share sharelah dengan akak yer..

Pada task yang masih pending, akak akan selesaikan secepat mungkin.  No worries, penulisan di sini akan diteruskan.

4 Comments

  1. Semoga akak tabah hadapi dugaan, semoga adik wan cepat sembuh.. SA google nak fahamkan penyakit Dik Wan... http://www.myhealth.gov.my/nephrotic-syndrome-in-childhood/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih SA. Nanti bila berkesempatan akak share lebih info tentang nefrotik sindrom ni. Ramai yang tak tahu.

      Delete
  2. acik doakan semoga adik wan cepat sembuh. dengar cakap doktor ya :)

    ReplyDelete