Kebelakangan ini memang jadual harian agak berterabur sikit terutama di ofis.  Hujung tahun, masing-masing nak habiskan cuti tahunan.  Inilah jadinya bila korang tak follow perancangan cuti tahunan korang.  Kalau tak luluskan masalah sebab tak boleh carry forward, bila dah luluskan akaklah yang pening nak susun semula jadual kerja. Tak campur lagi bila tiba-tiba ada yang selit ambil cuti kecemasan atau cuti sakit. Kenalah kita pun pulun sama nak habiskan kerja.  

Bila dah 8 jam  di pejabat mengadap laptop, balik rumah sambil selit-selit ambil masa update task dan aktiviti blogger ni, memang menjadikan mata letih.  Kadang-kadang sampai tak cukup tidur.  Baru-baru ni akak cuba produk dari Beaubelle iaitu Anti Fatigue Eye Control Gel.   Kalau korang nak tahu, Beaubelle antara company skin care terkenal daripada Swiss.  Hmm...best juga dapat cuba produk ni.


skin care, eye gel, hilangkan stress sekitar mata, beaubelle, produk swiss
Cantikkan botol ni.  Mula-mula akak ingatkan tepi-tepi tu butir-butir manik.  Rupanya ia adalah gel-gel yang dibentuk seperti mutiara. 


Antara Penyebab Keletihan Mata Yang Perlu Anda Tahu


1. Terlalu lama menggunakan perkakasan elektronik seperti komputer, smartphone, ipad
2. Kurang tidur
3. Stress
4. Terdedah dengan pencemaran alam sekitar.

Anti Fatigue Eye Control Gel


Anti  Fatigue Eye Control Gel, produk daripada Beaubelle ini merupakan  salah satu produk berteknologi tinggi yang dikatakan boleh membantu memelihara kawasan sekitar mata dan mengurangkan penampakan tanda-tanda penuaan.   Kawasan sekitar mata adalah merupakan kawasan yang paling mudah terdedah dengan tanda-tanda penuaan dan keletihan.  Sebaiknya kita menggunakan produk yang sesuai untuk memelihara kawasan ini.

skin care, eye gel, hilangkan stress sekitar mata, beaubelle, produk swiss
Bahagian dalam kelihatan seperti di gambar. 


Kelebihan Anti Fatigue Eye Control Gel


1. Membantu melindung  kawasan sekitar mata 24 jam 7 hari seminggu.  Dengan sedikit sapuan disekeliling mata anda, anda membantu membaiki sel-sel kulit di kawasan tersebut.

2. Terhasil daripada bahan-bahan yang bertindak melindungi kawasan persekitaran mata seperti minyak avocado, swiss alpine spring water, hyaluronic acid dan CA+3.  CA+3 bertindak menghalang tanda penuaan, pembentukan eyebag, kawasan hitam sekeliling mata dan ketidaksegaran mata/kusam. Hyaluronic Acid pulak menghalang pengeringan sekitar mata disebabkan lama terdedah pada udara penghawa dingin terutama macam akak ni yang bekerja di pejabat.

Cara Penggunaan Anti Fatigue Eye Control Gel


Anti Fatigue Eye Control Gel ini sesuai digunakan pada kulit normal, kering dan berminyak.  Ia disarankan untuk disapu di sekeliling mata pada sebelah pagi dan malam.  Cara penggunaannya sangat mudah. Sapukan sedikit di seliling mata secara membulat.  Sambil-sambil tu bolehlah korang urut permukaan kulit sekitar mata tu dengan gel ini.  


skin care, eye gel, hilangkan stress sekitar mata, beaubelle, produk swiss

Ambil sedikit sahaja menggunakan spatula yang disediakan. 

skin care, eye gel, hilangkan stress sekitar mata, beaubelle, produk swiss

Oles keliling mata secara membulat. Best !!



Testimoni Selepas Guna


Akak dah cuba guna produk ini selama lebih kurang seminggu.  Gel ni taklah melekit dan mudah menyerap.  Lepas guna, kawasan kulit sekitar mata rasa licin je. Kulit pun rasa anjal sikit. Kena terus guna baru nampak lebih kesannya.

Walau bagaimanapun, ini adalah respon akak sendiri. Lain orang mungkin lain penerimaannya. Jadi bagi korang yang nak cuba, boleh lah beli produk ni. Sebelum tu korang boleh dapatkan info lanjut di laman sesawang Beaubelle.


skin care, eye gel, hilangkan stress sekitar mata, beaubelle, produk swiss
Boleh check out detail di socmedia address seperti di kotak.  Link akak bagi kat bawah.



Instagram: @beaubelle.malaysia  

Harga jualan ialah RM198. Pada yang berminat korang boleh gunakan coupon code : AZIRAHMAN

Setiap pembelian akan dapat 3 FREE gifts istimewa, sementara stok masih ada :
  1. W3 Active Cleanser (30ml) 
  2. W3 Conditioning Toner (30ml) 
  3. Smart Tone Color Control Correction Cream SPF 30 (15g)
skin care, eye gel, hilangkan stress sekitar mata, beaubelle, produk swiss

Ni special gift yang akak dapat.  Boleh guna dengan Anti Fatigue Eye Contour Gel. Bertambah koleksi skin care yang sesuai dengan kulit akak. 


Sayangi mata anda....bila wajah nampak segar, matapun nampak sihat.....

*review ni selepas akak guna, lain orang lain penerimaannya yer.

3 Comments

  1. mata saya pun dah macam mata panda kak

    ReplyDelete
  2. uniknya produk ni! Berbaloi dengan harga kan bila nampak kesan positif.

    ReplyDelete
  3. Ingatkan mutiara.. rupanya gel. Bestnya kalau letak kat mata mama.

    ReplyDelete