Siapa yang tak pernah dengar jenama produk Philips ? Boleh dikatakan hampir kebanyakan kita memang familiar dengan jenama ni sejak dulu lagi. Akak dan keluarga juga antara pengguna produk jenama ini.  Kalau sebelum ni korang jumpa produk Philips di kedai-kedai perkakasan rumah dan elektronik tapi sekarang ni korang boleh tengok, belek dan pilih sendiri produk-produk jenama ni di Brand Outlet Philips sendiri.  Bestnya untuk orang utara Brand Outlet Philips ni telah dibuka di Pulau Pinang.


Brand Outlet Philips Di Gurney Plaza, Pulau Pinang



Outlet Philips di Penang secara rasminya telah dibuka pada 6 September 2018 yang lalu. Ia dirasmikan oleh Dato' Abdul Halim Hussain, Pegawai Eksekutif Perdagangan Domestik & Antarabangsa Negeri Pulau Pinang. Semasa majlis pelancaran outlet Philip di Gurney Plaza ini, di perkenalkan Muhammad Ali Jaleel, Country Manager Philips Malaysia dan juga Mr. G Singh, CEO My Future World Malaysia. Outlet Philips di Gurney Plaza bersaiz 969 kaki persegi dan ia adalah outlet perkongsian di antara Philips Malaysia dan My Future World Malaysia yang terletak di unit 03-51/70 di level 3.

philips, barangan elektrik, keperluan surirumah, keperluan asas rumah
(From left)Mr G. Singh, Chief Executive Officer of My Future World Malaysia,  Dato’ Abdul Halim Hussain, Penang State Executive Councillor for Domestic and International Trade, Consumer Affairs and Entrepreneur Development and Mr Muhammad Ali Jaleel, Country Manager for Philips Malaysia at the official launch of the first Philips Brand Store in Gurney Plaza, Penang

philips, barangan elektrik, keperluan surirumah, keperluan asas rumah
(From left) Mr G. Singh, Dato' Abdul Halim Hussain together with Mr Muhammad Ali Jaleel officiating the first Philips Brand Store in Gurney Plaza, Penang. 


Dengan adanya outlet Philips di Gurney Plaza, para pembeli boleh guna dan rasai sendiri pengalaman membeli belah dengan lebih mendalam ke atas semua produk Philips. Malah pelanggan juga boleh sentuh dan rasai produk, memahami ciri-ciri produk serta kegunaannya. Selain itu, pelanggan juga boleh mencuba produk tersebut. Terbaik dan barulah pelanggan merasa puashati sebelum membuat pilihan yang sesuai.

Tujuan outlet ini di buka adalah untuk menghargai pelanggan yang bersama dengan Philips dari generasi ke generasi. Ia juga sebagai selangkah ke hadapan bagi pelanggan merasai pengalaman membeli yang positif apabila membeli produk Philips. Selain dari pengalaman membeli yang positif, ia juga untuk memastikan pelanggan membuat pilihan yang betul dan memberi kepuasan yang berpanjangan.



Macam-macam Ada di Philips



Rambang mata korang bila datang sini.  Kalau ikut keperluan ada beberapa item yang akak nak kena beli, tapi masuk sini kena survey harga dulu.  Barangan Philips ni tak perlu dipertikaikan kualitinya, memang ramai guna.

philips, barangan elektrik, keperluan surirumah, keperluan asas rumah
demo masakan yang menggunakan produk Philips. Mudah dan cepat !

philips, barangan elektrik, keperluan surirumah, keperluan asas rumah
Korang sampai sini, petugas siap sedia menyambut dan sentiasa bersedia membantu.

philips, barangan elektrik, keperluan surirumah, keperluan asas rumah
Antara produk yang terdapat di sini.

philips, barangan elektrik, keperluan surirumah, keperluan asas rumah
Antara yang akak berminat untuk dapatkan.  Kena bagi penuh tabung dulu.


Korang boleh juga buat pembelian secara online di Lazada. Info lanjut tentang produk Philips korang boleh layari laman web di bawah.





1 Comments

  1. wah best nya, untung orang yg duduk area situ. hehe. rambang mata lah nak membeli ^_^

    ReplyDelete