Traveloka Sale-abration 2018. It’s Back! Tawaran Menarik Bersama Matta Fair 2018
Traveloka Salebration 2018 Dan Matta Fair
September ni boleh dikatakan hampir setiap minggu akan ada cuti panjang bersambung dengan hujung minggu. Mesti ramai antara korang yang telah merancang untuk bercuti samada dekat atau jauh. Bila bercerita tentang cuti, mestilah korang nak percutian korang yang menarik dengan kos yang berpatutan kan? Apa kata korang tengok apa yang Traveloka Sale dan Matta Fair tawarkan pada korang yang masih mencari kesesuaian percutian mengikut budget.
Selain daripada itu, bila bercuti dengan keluarga pastinya korang mahukan yang terbaik untuk keluarga. Bermula daripada awal perjalanan sehinggalah habis percutian, kalau boleh mahukan the best kan!. Salah satu masalah akak ni akak suka nak banding-bandingkan harga hotel bila nak bercuti. Yelah kan nak cari yang murah dan sesuai untuk keluarga. Biasanya memang akak akan gunakan aplikasi Traveloka sahaja dalam membuat perbandingan harga hotel mengikut budget yang akak ada. Setakat hari ini, belum pernah lagi mengecewakan bila buat tempahan menggunakan Traveloka. Kadang-kadang tu dapat diskaun tambahan pula. Best kan!
Dan semestinya bila memilih pakej percutian, antara tawaran yang akak suka tengok adalah tawaran daripada Traveloka. Korang tau tak yang Traveloka Sale datang lagi dengan pelbagai tawaran menarik sempena Matta Fair 2018 yang berlangsung September ni? Korang jangan lepaskan peluang tau…mana tau dengan budget yang korang ada berserta dengan tawaran yang korang dapat nanti, akan menambah meriahkan lagi percutian korang.
Traveloka Sale-abration 2018. It’s Back!
Memang setiap kali ada perancangan untuk bercuti ke mana-mana, akak akan terjah dulu Traveloka. Dengan Traveloka Sale-abration 2018. It’s Back ini, harap-harap adalah yang menarik untuk dipilih. Apa yang patut korang tau tentang promosi Traveloka Sales kali ini? Tak kiralah ke mana sekalipun destinasi kunjungan korang nanti. Akak kongsikan serba sedikit yang akak rasa korang patut tau.
• Traveloka Sales menawarkan kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera. Korang akan dapat diskaun tambahan atas pembelian. Kiranya kena beli sekaranglah untuk dapatkan kupon diskaun ni.
• Bagi korang yang memilih untuk percutian yang lebih jauh, promosi kali ini menawarkan kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. Menariknya NO BOOKING FEE! Korang tempah sekarang untuk perjalanan pada bila-bila masa dan mana-mana destinasi sekalipun.
• Tempoh tempahan : Dari 4 September sehingga 10 September 2018
• Seperti yang dimaklumkan tadi, korang boleh buat tempahan untuk tempoh perjalanan bila-bila masa ----- ANYTIME !
•Diskaun kupon 8% atau sehingga nilai RM40 juga diberikan untuk tempahan tiket penerbangan.
Antara promosi yang korang boleh tengok di lawan sesawang Traveloka
Tawaran Menarik Matta Fair 2018
Matta Fair 2018 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula daripada 7 September sehingga 9 September 2018 dengan pelbagai tawaran menarik.
Ramai yang akan menggunakan platform Matta Fair untuk mencari pakej percutian yang menarik mengikut budget masing-masing. Akak pun kalau berkesempatan akan berkunjung juga ke mana-mana event Matta Fair yang berdekatan untuk melihat sendiri tawaran-tawaran yang ada. Sekarang ni akak sedang tengok pakej ke negara-negara Asia Tenggara dulu. Sesekali bila dapat peluang ke negara orang kenalah buat plan yang teliti supaya taklah nanti rasa terkilan sebab tidak berkesempatan terjah banyak tempat.
gambar kredit to google
Pilihan Di Tangan Anda
Samada dekat atau jauh tempat percutian korang, akan lebih menarik lagi bila korang dapat bercuti dengan keluarga buat yang dah berkeluarga ataupun bercuti dengan teman-teman bagi mereka yang masih solo. Pilihlah destinasi dan tawaran yang pastinya akan membuat anda semua tersenyum riang di sepanjang percutian. Jadikan percutian anda sebagai kenangan indah yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Harap-harap Traveloka Sales dapat memenuhi impian percutian korang. Kalau korang nak tengok lebih banyak promosi menarik, Korang boleh terjah laman sesawang Traveloka Salebration 2018. It’s Back!
Wow! Menarik kan! Tak kisahlah bila sekalipun masa yang korang pilih untuk bercuti. Yang penting korang buat dahulu tempahan sementara Traveloka Sales dan Matta Fair 2018 berlangsung. Rugi kalau korang tak rebut peluang yang ada. Cuti sekolah hujung tahun pun dah semakin hampir.
Selamat Membuat Pilihan !
11 Comments
Wah menarik ni kak. Ana pun suka book dgn Traveloka sebab murah harga yg ditawarkan.
ReplyDeleteSuka juga guna traveloka ni.
DeleteTawaran di Traveloka memang best
ReplyDeleteBetul tu zumal, kena rajin-rajin survey harga.
DeleteOkay nak terjah Traveloka lah lepas ni.
ReplyDeletejommm.....
Deletewaah bestnya..boleh try ARBA utk travel ajen yang bagus
ReplyDeletein sha Allah...nanti kita cuba.
DeleteBest kan tawaran dari Traveloka nie Fiza..
ReplyDeleteBest kalau ada perancangan bercuti, boleh lah grab.
Deletesempena matta ni memang banyak sungguh deals. rambang mata hehehe..
ReplyDelete