Tips Untuk Dapatkan Tidur Yang Berkualiti
4 Tips Untuk Dapatkan Tidur Yang Berkualiti
Kadang-kadang terdengar kawan-kawan mengeluh tak cukup tidur dan macam-macam lagi. Tidur sangat penting untuk membolehkan diri kita recharge dan rasa lebih segar. Tapi macamana kita nak dapatkan tidur yang berkualiti. Ada yang kata, kalau ada anak kecil memang susah nak dapat tidur yang berkualiti. Ada pulak yang kata balik lewat lepas tu macam-macam kerja nak kena buat sebab tu tidur pun lewat. Akak share beberapa tips yang mungkin boleh kita guna untuk bantu dapatkan tidur yang berkualiti.
gambar goole
1. Cuba Tidur dan Bangun Pada Waktu Yang Sama Setiap Hari
Setkan masa tidur yang sama setiap hari. Maknanya kalau set masa tidur jam 1030 pm, setiap hari kena masuk tidur pada waktu yang sama. Sama jugalah dengan waktu bangun tidur. Biasanya setkan untuk anak-anak, sebenarnya kita pun yang dewasa perlukan rutin yang sama. Bila dah set hari-hari, ianya akan menjadi rutin dan kita tak perlukan lagi alarm untuk kejutkan kita setiap hari.
2. Jangan Terlebih Tidur
Biasanya hujung minggu kita akan ambil peluang untuk tidur lewat dan bangun lewat. Tidur semula selepas solat suboh dan lajak sampai 2-3 jam lebih daripada biasa. Bila terlebih tidur, ianya akan mengganggu rutin yang telah kita setkan untuk masa tidur dan bangun setiap hari. Jika ini berlaku, kita akan ambil masa semula untuk betulkan rutin tersebut. Masa piala dunia baru-baru ni, rutin tidur en hubby memang kacau bilau jugak lah terutama bila dia tunggu games yang berlangsung awal pagi. Banyak hari jugak nak normalise kan semula waktu tidur seperti sebelumnya.
3. Bijak Mengatur Waktu `napping'
`Napping' atau tidur sebentar waktu tengahari perlu juga untuk kembali rasa segar. Biasanya waktu `napping' cukup selama 15 - 30 minit sahaja. Sebaiknya sebelum waktu zohor ambillah sedikit masa untuk nap. Kalau di tempat kerja, boleh je setkan sekejap untuk tidur. Tapi akak selalu skip nap tengahari ni supaya malam akak boleh tidur lebih awal. Hujung minggu baru akak gunakan waktu untuk `napping' sebab hujung minggu akak penuh dengan macam-macam aktiviti dari pagi sampai ke malam.
4. Elakkan Rasa Mengantuk Selepas Makan
Biasa tu rasa mengantuk lepas makan. Kalau kat ofis, lepas makan akak kena pastikan buat apa-apa kerja yang boleh menghilangkan rasa mengantuk seperti update blog, blogwalking, balas email, balas wasap ...membawang..hahhaha. Kalau kat rumah, lepas dinner terus kemas dan ambil masa untuk iron baju kerja. Semua ni perlu untuk mengelakkan tertidur awal. Tak elokkan lepas makan terus tidur. Kalau tertidur awal, nanti awal pagi atau tengah malam mesti terjaga. Bila dah terjaga, susah pula nak tidur semula, end up pagi rasa mengantuk.
gambar google
Harap tips yang akak share boleh bantu korang dapatkan masa tidur yang lebih berkualiti. Tidur yang berkualiti perlu untuk kita rasa lebih segar dan produktif pada keesokkan harinya.
Tulisan ini adalah pendapat peribadi akak je tau. Mungkin korang ada cara dan pendapat yang berbeza. Jom share !
9 Comments
Zumal rasa kena pi bercuti nak dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti ni
ReplyDeletesilalah bercuti
DeleteTidur berkualiti sangat penting untuk hjari yang produktif kan.
ReplyDeletebetul setuju tu.
Deletemenarik la tip ini...
ReplyDeletesaya jenis senang nak tidur tetapi susah nak bangun pagi seolah-olah tidak ingat akhirat..
apa-apapun tidur yang berkualiti akan menjamin kesihatan yang tip top
hehe....pelan-pelan kita ubah
Deletewaktu tidur sha memang seragam je hari hari, waktu bangun pun hahaha
ReplyDeletebagus...kalau boleh nak jadual macam ni jugak
Deletewelcom ..terima kasih singgah sini
ReplyDelete