Beberapa hari menjelang Aidil Fitri, sana sini semua sibuk buat persiapan.  Seronok tengok kawan-kawan kat ofis ni macam-macam cerita.  Akak buat persiapan sekadarnya sahaja.  Untuk anak-anak, sebelum Ramadhan lagi akak dah belikan mana-mana yang perlu so tak adalah kelam kabut bersesak membeli barang-barang.

Bagi anak-anak, bila hari raya tentulah yang paling menyeronokkan ialah menerima `ang pau'. Pun dah tersedia ala kadar untuk anak-anak sedara yang layak terima. Haha....anak sedara ramai kalau dicampur dua keluarga, jadi kenalah pilih juga yang layak terima dan jumlahnya.  Kena berjimat sekarang. Yang besar-besar tu habuannya cara lain, tak perlu tunggu raya.

Korang tau tak, satu lagi hobi akak sekian lama ialah mengumpul sarung ang pau.  Akak suka tengok corak, warna, kretiviti berlainan saban tahun.  Menarik ! 

sampul duit raya, sambutan hari raya, angpau raya


Antara yang akak dah kumpul hampir 5-6 tahun sebelum.  Masih boleh diguna kalau perlu.  Bukan simpan banyak pun, satu keluaran simpanlah 2-3 keping sampul, selebihnya boleh guna.  Sama seperti peminat atau pengumpul stem, sampul-sampul ini pun akak akan albumkan untuk simpanan.

Cantik tau dan kreatif!

15 Comments

  1. Saya pun suka tapi takdelah bersungguh-sungguh menyimpannya. Sangat berguna bila tiba-tiba nak guna.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik bila tengok balik evolusi perubahan pada gambar-gambar pilihan syarikat-syarikat besar.

      Delete
  2. Banyaknya miza kumpul taun ne next year sure pakai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya gitulah miza. Akak selalu simpan at least 1 atau 2 keping aje yang lain-lain guna semula

      Delete
  3. sama lah suka jugak kumpul sampul raya. Kadang tu, sampul boleh guna masa kenduri kahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu memang semestinya, sentiasa spare aje dalam handbag, dalam kereta, kat ofis..hehe

      Delete
  4. Saya pun sama macam akak. Setiap kali menjelang raya. Saya akan kutip dan kumpul sampul duit raya.

    ReplyDelete
  5. sampul ni berguna bukan time raya je hehe.. time kenduri pun kalut cari nak buat salam kaut =P

    ReplyDelete
  6. sama lah kak azi. kc pun suka kumpul sampul duit raya. sebab kadang-kadang boleh guna lagi sebab still elok hehe.

    p/s: jemput join segmen blog kc kak azi! :D

    ReplyDelete
  7. in shaa Allah thn ni baru aida nak mula buat koleksi sampul raya ni.
    sebab semakin cantik design nyer, azi.
    syg plak nak guna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik-cantik...makin lama makin cantik

      Delete
  8. dulu sy pun suka kumpul juga, lani j dah malas nk kumpul lg

    ReplyDelete