Akak nak pesan pada adik-adik yang baru bekerja atau dah bekerja.  Kalau korang nak simpan aset, sebaiknya belilah sebuah rumah sebagai aset awal.  Ingat lagi masa mula-mula dapat kerja, tinggal di ibu kota Kuala Lumpur. Masa tu menumpang aje kat rumah abang, abangpun menyewa.  Rasa bersalah juga tapi dengan gaji yang kecil dan macam-macam pelan nak buat, tinggal juga sementara. Bila dah bekeluarga memang menjadi impian untuk mempunyai rumah sendiri.  Biarpun kecil asalkan selesa.  Seingat akak, di awal perkahwinan dulu, kami dah pelan mengumpul sekurang-kurangnya untuk dapatkan duit muka atau deposit untuk membeli sebuah rumah. 


Harga rumah sekarang bukan macam dahulu.  Tambah-tambah kalau di bandar-bandar besar. Kalau pendapatan kecil memang mampu tengok sajalah.  Ramai juga kawan-kawan akak yang mengeluh bila melihatkan harga rumah yang jauh daripada kemampuan  untuk memiliki.  Tapi bila memikirkan kalau menyewa pun bayarannya hampir nak sama dengan installment bulan-bulan, baiklah membeli kan?

RUMAWIP Berita Baik Untuk Warga Kota


Bagi yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memperkenalkan RUMAWIPRumawip adalah singkatan kepada Rumah Wilayah Persekutuan iaitu merupakan program rumah mampu milik yang diperkenalkan khas untuk warga kota bagi memberi peluang kepada mereka mempunyai rumah sendiri.  Baguskan initiatif macam ni ! Sekurang-kurangnya dapat juga mereka yang layak merasa lebih awal untuk tinggal di rumah sendiri.


rumah murah, kemudahan penginapan, rumawip, rumah pilihan mampu milik



Syarat Kelayakan Memohon RUMAWIP



1. Berumur 18 tahun ke atas
2. Warganegara Malaysia
3. Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
4. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10k (bujang) dan RM15k (berkahwin)
5. Pemilikan rumah pertama

Selepas berjaya memilik rumah melalui program RUMAWIP ini, korang tak boleh menjual kediaman tersebut dalam tempoh 10 tahun dan juga tidak boleh menyewakan kepada orang lain.Walaubagaimanapun sekiranya ada kes-kes seperti pemilih berpindah keluar daripada Wilayah Persekutuan, rumah tersebut boleh disewakan untuk mengelakkan rumah kosong.  Nak bagi sewapun mesti pada warga tempatan sahaja.


rumah murah, kemudahan penginapan, rumawip, rumah pilihan mampu milik



RUMAWIP ini bukan cerita-cerita kosong saja, dah ada pun projek yang dah siap.  Antaranya projek RUMAWIP di Residensi Suasana Lumayan Bandar Sri Permaisuri dengan 900 unit serta 161 unit lagi projek Residensi Rampai di Setapak.  Banyak lagi projek yang telah dimasukkan ke dalam program Rumawip ni.  Untung jadi penduduk Wilayah Persekutuan ni, kalau kena caranya tak perlu pening-pening kepala memikirkan keperluan rumah untuk keluarga.


Korang yang berminat boleh buat pendaftaran secara online di portal Rumawip https://rumawip.kwp.gov.my/permohonan

Info lanjut tentang RUMAWIP boleh ke SINI


Bagi yang layak, sebaiknya cubalah mendaftar terutama pasangan-pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.  Mana tau rezeki nak dapat kan.  Mudah nanti bila masa anak-anak masuk sekolah, hutang rumah pun dah menyusut, bolehlah tumpukan pada perbelanjaan yang lain pulak.

12 Comments

  1. betul.. rumah tu aset, perkara penting yang perlu difikirkan. RUMAWIP ni sangat membantu untuk mandapat rumah sendiri

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  2. Cantik rumah ni, kawasan strategik plak tu.. rugi warga KL kalau x mohon :)

    ReplyDelete
  3. Sesiapa yang layak tu cepat2 la apply ye

    ReplyDelete
  4. Vista wirajaya tu dah dekat sangat dengan kawasan mya sekarang. nak suruh en. driver pergi apply boleh kot ni.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kini semua mampu beli rumah sendiri

    ReplyDelete
  6. Kawasan yg ada rumahwip ni pon best2 kan..memang mampu milik lah kalo nak beli rumah area situ..

    ReplyDelete
  7. Bestnyaa kalau dapat miliki rumah sendiri. Nak-nak ianya dekat KL sana tu.

    ReplyDelete
  8. harga rumah agak murah berbanding harga semasa kan...

    ReplyDelete
  9. Untung siapa dapat rumah WIP ni..harga rumah yang sangat berpatutan

    ReplyDelete
  10. Siapa layak tu kena mohon segera

    ReplyDelete