Kisah Di Sebalik Menu Hujung Minggu
Banyak juga perkara tak dirancang kami sekeluarga buat hujung minggu baru ni. Memang begitulah selalunya. Kalau dirancang, jarang menjadi. Akhirnya buat adhoc saja tapi yang tulah yang best. Kebelakangan ini, hujung minggu kami memang digunakan sebaik mungkin dengan pelbagai aktiviti yang sebolehnya melibatkan satu family.
Masak-masak Hujung Minggu
Salah satunya yang menarik ialah edisi masak-masak dan makan. Minggu ni macam-macam pulak menu menarik yang tiba-tiba termasak. Hari Jumaat, en hubby terbeli durian on the way ambil kakak balik tuisyen. Siap dengan pulut kuning dan kuah durian atau serawa panggilan orang di utara ni.
Pagi Sabtu, akak tambah dengan telur rebus dan ikan kering goreng. Sedap juga dimakan dengan pulut. Sibuk pula menghantar kereta ke pusat service dan kakak ke latihan kawad di sekolah. Mujurlah dah kenyang awal.
Petangnya melayan en hubby mengutip hasil madu kelulut di sekitar rumah. Musim kali ni meriah juga. Hasil petang sabtu banyak juga dari sebahagian sarang yang ada, selebihnya projek minggu-minggu akan datanglah.
Dek keletihan dengan aktiviti di siang hari ditambah dengan cuaca panas, petangnya akak dah masak awal. Masak ringkas-ringkas aje menghabiskan stok yang masih ada dalam peti ais di rumah. Hasilnya, ikan terubuk bakar, air asam sempoi, bendi goreng cili dan telur dadar. Ikan terubuk paling simple kalau nak bakar, lumurkan dengan garam dan kunyit sahaja dan bakar atas pan ajaib. Tak perlu lama. Ikan tu belah siap-siap.
Air Asam Cicah Ikan Bakar Paling Sedap
Air asam sempoi ni mudah aje nak sediakan. Potong bawang, tomato, cili padi, cili merah, campurkan dengan air asam dan lenyek-lenyekkan. Jangan lupa masukkan juga garam dan gula. Nak tambah sedap perahkan sedikit limau nipis dan potong-potongkan kulit limau, lepas tu campur sekali.
Ahad, awal pagi hantar afiah ke kem kadet zon utara. Hantar ke sekolah aje. Lepas tu kami bersiap-siap untuk ke sekolah amira. Outing day! Outing bawa pergi kenduri di Parit Buntar. En Hubby ni panjang langkahnya. Sempat pergi tengok orang pelihara ikan sungai dalam sangkar terus terpikat, tertangkap jugak lah spesis puyu, talapia dan baung. Hmmm...jadi lauk kamilah malam tu.
Inilah hasilnya. Ikan puyu masak kari dengan keledek manis dan ikan talapia bakar. Sedap!! Akak ratah ikan bakar je. Ikan bakar ni jadi sedap kalau sambal nya sedap. Huhu...rasa nak repeat lagi.
6 Comments
Best betul aktiviti makan2 kak Azi....SA suka betul..ikan puyu tu masak kari ke...
ReplyDeletesesekali bila anak-anak semua ada kat rumah memang nilah antara aktiviti kami sekeluarga.
DeleteFulamak.. mama baca sampai khatam punya lah best menu hujung minggu
ReplyDeleteterima kasih baca entry ini.
DeleteFuhh kak Azi, semua nampak sedap :)
ReplyDeletekalau tengah lapar memang tambah sedapnya..hehe
Delete