Dah lama tak mengikuti perkembangan institusi pengajian tinggi sekarang, kursus-kursus yang ditawarkan mahupun info tentang kemasukan pelajar baru. Sekarang ni memang kena ambil tahu banyak perkara sebab anak-anak pun dah menuju ke arah itu.  Semuanya online sekarang, daripada mendapatkan pin UPU sampaikan mengisi borang permohonan.  Kalau terlepas tunggu pulalah tawaran akan datang.

Karnival Pendidikan Tinggi 2018


Sabtu lepas sempat berkunjung ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 untuk Pulau Pinang. Akak ni nama aje tinggal di Kedah tapi lebih banyak mengikuti aktiviti di Pulau Pinang. Maklumlah tempat mencari rezeki jadi lebih banyak info mudah diperolehi.  Karnival ini berlangsung pada 10 dan 11 mac 2018 yang lepas di Politeknik Seberang Perai.  Akak pergi dengan tujuan nak dapatkan lebih info untuk kegunaan abang irfan. 

Banyak juga IPTA dan IPTS yang mengambil bahagian pada karnival ini.  Bila dah ramai-ramai ni akak tuju kat tempat-tempat yang berkaitan sahaja untuk dapatkan lebih pemahaman dan maklumat lanjut.  Lepas tu cari meja kerusi duduk dulu sementara abang irfan pergi buat survey lanjut dengan kawan-kawan yang turut berada di situ.


institusi pengajian tinggi, tamat spm, tamat stpm, ipt

Antara IPT yang kami singgah untuk dapatkan penerangan lanjut.  Biasalah dok collect flyer dan hand out ipt.  Balik rumah nak kena explain kat en hubby pulak.

institusi pengajian tinggi, tamat spm, tamat stpm, ipt

Kalau nak info lanjut berkaitan Universiti Malaya, boleh masuk link kat atas.

Penting juga bagi anak-anak lepasan SPM, STPM mahupun yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran sepenuh masa atau separuh masa, mahupun yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran untuk datang ke karnival begini. Banyak input yang korang boleh perolehi.  Ibu ayah pun kalau berkesempatan boleh juga bersama anak-anak.

Pentingnya Menghadiri Karnival Pendidikan Tinggi


Kalau korang ada adik-adik atau anak-anak sendiri, anak-anak sedara yang tergolong dalam kelompok ini, eloklah korang berkunjung ke Karnival Pendidikan Tinggi ini.  Banyak lokasi telah ditetapkan. Korang boleh rujuk kat gambar di bawah ni.


institusi pengajian tinggi, tamat spm, tamat stpm, ipt

Boleh tengok lokasi lain pulak. Boleh dikatakan hampir setiap negeri diadakan karnival ini.


Sempat juga singgah di booth BSN untuk beli pin UPU.  Asyik bertangguh saja nak membeli nombor pin ni, mujur ada kaunter di sini, siap! Boleh dah isi sikit-sikit.

Selepas meronda semua booth yang ada, terbukalah sedikit minda akak ni untuk kemasukan IPT sekarang ni.  Korang juga boleh dapat input berikut :

1. Maklumat tentang IPT dan program-program yang ditawarkan
2. Mendapatkan penerangan lanjut tentang peluang-peluang yang ada seseuai dengan kelayakan dan ada juga info tentang kewangan yang kita boleh dapat.
3. Memberi idea dan halatuju kepada calon-calon memilih kursus yang mereka minati.
4. Membuat perbandingan antara satu IPT dengan IPT yang lain

Abang irfan dan mula berkira-kira memilih beberapa kursus pilihan, tapi apapun kena tunggu 15 Mac 2018 nanti selepas keputusan peperiksaan SPM 2017 diumumkan.  Berdebar-debar dah ni.....

1 Comments