Masalah Jerawat Dan Radang Kulit


Walaupun dah masuk 4 series, masalah jerawat dan radang kulit masih lagi akak lalui tapi taklah seserius masa muda remaja.  Masalah jerawat dan radang kulit ni biasanya mengganggu penampilan seseorang. Rasa macam tak kemas aje muka bila ada jerawat ataupun bekas-bekas jerawat degil yang tak mahu hilang.

Pelbagai produk ada di pasaran.  Namun, sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan.  Bagi menangani masalah ini, Eucerin®, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment. 

Eucerin proacne, hilangkan jerawat, rawat jerawat, kulit muka, beauty



Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit.

Eucerin proacne, hilangkan jerawat, rawat jerawat, kulit muka, beauty


Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon* dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada:

Sepuluh peratus  Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu  AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;

Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;

Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Korang tahu tak apa maksud komedon? Jerawat komedon merujuk kepada bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil yang biasanya terdapat di dahi dan dagu pengguna yang mengalami masalah jerawat.


Eucerin proacne, hilangkan jerawat, rawat jerawat, kulit muka, beauty
Picit sedikit sahaja dan sapu di tempat yang ada jerawat/bintik jerawat. Biasanya akak sapu sebelum tidur.


Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam, pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak.

Cabaran 14 Hari Kulit Bebas Jerawat dengan Eucerin ProACNE


Untuk melihat hasil menggunakan produk ini, akak telah menyahut cabaran menggunakan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment selama 14 hari untuk memastikan kulit bebas jerawat.  Cuba tengok kesan jerawat kat dagu akak ni :


Eucerin proacne, hilangkan jerawat, rawat jerawat, kulit muka, beauty

Selepas 14 hari, dah tak nampak bintik jerawat.

Eucerin proacne, hilangkan jerawat, rawat jerawat, kulit muka, beauty

Kulit muka dah jadi seperti biasa.


Hasil selepas 14 hari menggunakan Eucerin ProACNE.  Jerawat semakin menghilangkan diri.  Kulit muka pun kembali licin.  Sekarang ni anak akak pun sedang mencuba menggunakan produk ini.  Nampaknya akak dah jumpa produk yang sesuai untuk kulit muka akak dalam menghilangkan masalah jerawat.

Rangkaian Produk Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment


Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.


Tentang Eucerin®

Dilancarkan lebih 100 tahun lalu, Eucerin® adalah peneraju inovasi dalam sains penjagaan kulit. Hari ini, jenama ini telah menjadi salah satu jenama dermo-kosmetik yang paling dipercayai di dunia, dibangunkan dan disyorkan oleh ahli dermatologi, dengan disokong oleh kajian terperinci. Menggunakan pendekatan berasaskan sains, Eucerin membangunkan penjagaan kulit derma yang selamat dan efektif dengan menggabungkan manfaat kosmetik dan keberkesanan produk farmaseutikal. Jenama ini membuat pelaburan besar dalam kajian dan pembangunan diikuti dengan ujian-ujian ketat untuk memberikan pengguna produk penjagaan kulit yang inovatif dan efektif untuk kulit yang sihat di samping memberi penjagaan khas pada kulit untuk sekarang dan di masa hadapan.


Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.

**Info ini adalah hasil penggunaan akak, mungkin berbeza hasilnya dengan pengguna yang lain.

4 Comments

  1. jenama yang di percayaai. Dulu zaman remaja miza pernah pakai

    ReplyDelete
  2. Wah, menariknya produk Eucerin ni...

    ReplyDelete