Hasil Semulajadi Memang Terbaik


Sejak kecil akak memang suka pada haruman dan wangian bahan-bahan semulajadi yang asalnya dari hutan dan pinggiran.  Kadang-kadang suka kutip bunga-bunga hutan yang menarik.  Maklumlah masa anak-anak, apa yang cantik mesti suka.  Bila dah dewasa dan berkeluarga, memang rasa selesa dengan wangian yang asalnya daripada hasil semulajadi.  Banyak rupanya kegunaan dan kebaikan menggunakan hasil semulajadi ni.  Akak memang puji mereka yang menggunakan hasil semulajadi dalam produk kecantikan dan sebagainya.  Hasil semulajadi bumi memang terbaik.

Produk SuzyHoney Mengembalikan Kesegaran Semulajadi


Minggu lepas akak ada terima 2 produk SuzyHoney iaitu set Syampu Rambut Bunga Ros beserta Perapi Bunga Ros dan juga Sabun Aura.  Seawal terima dah rasa segar dengan bau wangian yang keluar daripada bungkusan.  Teruja nak cuba! Wanita dengan kecantikan dan wangian memang tak boleh dipisahkan, sentiasa teruja bila melibatkan hal-hal ini.


produk kecantikan, produk semulajadi, produk herbs, beauty blogger


Menariknya, produk SuzyHoney ini dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi alam. Tanpa bahan kimia, pastinya tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna.  

Set Syampu Rambut Bunga Ros dan Perapi Bunga Ros


Bila seorang wanita semakin meningkat dewasa dan mula berkeluarga, tambahan dengan kelahiran anak-anak, pastinya masalah rambut antara yang dialami.  Akak sendiri daripada kelahiran anak yang pertama sehingga keempat, memang mengalami masalah keguguran rambut.  Dah semakin menipis rambut sekarang ni.  Apa juga syampu yang disarankan untuk diguna bagi mengatasi masalah ini, akak akan cuba.  Bila kawan akak memperkenalkan set Syampu Rambut Bunga Rose dan Perapi Bunga Rose ini, tak ketinggalan juga untuk mencuba.  Baunya boleh tahan.

produk kecantikan, produk semulajadi, produk herbs, beauty blogger

produk kecantikan, produk semulajadi, produk herbs, beauty blogger


Set Syampu dan Perapi Bunga Rose ini diadun dengan campuran pati essental oil premium yang  bertujuan mengekalkan kesegaran dan keharuman rambut.  Selain itu, kandungan lainnya ialah minya kelapa dara, rosehip oil, peppermint oil, kaffirlime EO dan juga Rosemary EO.  

Kebaikan penggunaan Set Syampu dan Perapi Bunga Rose


Antara kebaikan menggunakan set ini ialah :

1. Berkesan untuk memberi kelembutan dan kelembapan rambut.
2. Mengelakkan dan mengatasi masalah keguguran rambut
3. Sesuai juga untuk mereka yang mengalami masalah kelemumur
4. Mengatasi masalah kegatalan kulit kepala
5. Memberi haruman bauan bunga rose yang menyegarkan dan menghindar bau hapak
6. Sesuai untuk rambut nipis dan kering

Akak baru saja mula menggunakan set syampu ini, baunya memang best.  Harap-harap boleh bantu masalah keguguran rambut nanti.  Sesuai juga digunakan untuk mereka yang bertudung sebab bauan rose menghilangkan bau hapak pada rambut.


Sabun Aura SuzyHoney


Produk kedua yang akak terima ialah Sabun Aura.  Dengar aura pun dah tau mesti banyak kebaikan pada yang menggunakannya.  Sabun Aura ini dihasilkan daripada adunan 7 jenis bunga iaitu, rose, iris, saffron, ylang ylang, melati, lily dan jasmine serta dicampurkan pula dengan vitamin E dan vitamin C, tak ketinggalan juga minyak evening primrose.  Hmmm.......campuran bunga je pun dah memberi haruman yang menyegarkan.

produk kecantikan, produk semulajadi, produk herbs, beauty blogger

produk kecantikan, produk semulajadi, produk herbs, beauty blogger


Kebaikan menggunakan Sabun Aura ni antaranya:


  • Memberikan aura yang menarik, awet muda da membersihkan diri dari aura negatif
  • Menegangkan dan mencantikkan kulit dengan khasiat vitamin E dan vitamin C
  • campuran bunga-bunga terpilih memberi rangsangan istimewa dalam mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang
  • sesuai untuk bakal pengantin dan yang inginkan kelihatan segar sepanjang masa
  • mengurangkan stress

Akak dah cuba gunakan sabun aura ni. Memang wangi dan rasa segar selepas guna terutama selepas seharian penat dengan kerja-kerja di pejabat dan rumah.


produk kecantikan, produk semulajadi, produk herbs, beauty blogger



Kalau korang nak cuba dan berminat nak jadi agent atau nak buat secara dropship, pihak SuzyHoney memang sedang mencari mereka-mereka yang ada keinginan untuk mempromosikan hasil produk semulajadi ni. Korang boleh hubungi mereka melalui



*review ini berdasarkan penggunaan produk ini dengan saya dan kesesuaiannya adalah berbeza antara individu.

14 Comments

  1. Bukan calang-calang bunga yang diadunkan tu. Mesti sedap sangat baunya!

    ReplyDelete
  2. Menarik kan kak Azi..SA dh guna shampoo..wangi sgt..

    ReplyDelete
  3. Alam semulajadi banyak kelebihannya. Orang dulu2 semuanya ambil yang semulajadi.

    Nampak kekal bertenaga, kekal muda dan kesihatan pun terjaga...

    Nak Cuba juga produk Suzy herbs ni

    ReplyDelete
  4. Petua orang dulu² jugak yg bagus kan kak gunakan bahan semulajadi dan diproses bagi memudahkan kita sebagai pengguna. mesti wangikan bau bunga ros

    ReplyDelete
  5. wangi ye? hehe nampak pun macam menarik :D

    ReplyDelete
  6. Member de jual n guna..memg dia sndiri testimoni berkesan..

    ReplyDelete
  7. Boleh tahan jugak produknya, harga pun mampu milik, jemput singgah ke laman blog saya , sekian " terima kasih " ...

    ReplyDelete
  8. kann..wangi. selesa sangat guna produk suzyhoney ni

    ReplyDelete
  9. best guna. selesa plak tu. sangat disarankan cuba produk suzyhoney

    ReplyDelete
  10. timm suka betul dgn sabun aura, wangi sangat2!

    ReplyDelete
  11. Mesti menarik aura yang bagus selepas gunakan produk ni kan?

    ReplyDelete
  12. first of all.. packaging dia memang lawa. menarik sangat =)

    ReplyDelete
  13. Shampu bunga kampung tu manarik hati sbb Marsha hadapi masalah rambut.

    ReplyDelete
  14. memang wangi kan produk2 dia..zaza pun pakai jugak sekarang ni..

    ReplyDelete