2018 Apa Perancangan Anda
Wah...lama..lama sangat dah ni tak berupdate. Kesian korang yang masuk blog akak ni dok tengok cerita yang sama je hampir lebih daripada seminggu. Ada ke yang masuk mencari cerita baru?
Apa kisah lama sunyi ? Macam-macam korang. Termasuk juga dengan sedikit-sedikit virus M yang membiak. Hampir-hampir give up menulis tapi tak boleh. Kalau berhenti kat mana lagi tempat sesuai akak nak membebel kan. Doakanlah akak ni kuat semangat terus menulis..menulis..menulis. Bak kata kawan sekuliah akak dulu, kau ni mana ada ruang kosong mesti ada jejak kau,
Hari kedua 2018. Tak terlambat lagi nak wish korang semua Selamat Tahun Baru 2018. Akak masih bercuti lagi ni. Sayang nak tinggal bantal dan tilam...hahahha....jangan harap!!! Sibuk tak habis-habis dengan menguruskan budak sekolah dan rumah yang dah kembali macam tongkang pecah dah ni. Yes, adik wan masuk tahun 1 dah, nanti akak story kisah dia. Pada masa yang sama Amira dah dapat tawaran ke SBP, tunggu hari pendaftaran 10 Jan nanti. So sekarang ni tengah uruskan keperluan dia pulak. Syafiah, masih di sekolah yang sama buat masa ini dan menunggu tawaran ke SBP juga sekiranya berpeluang. Abang Irfan ? Sedang menikmati percutian 3 bulan sebelum result keluar.
Apa perancangan korang 2018 ni?
Yang ni macam akak la ni.
In sya Allah moga menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Tahun ni company bagi balik jam 4 petang. Kena plan kerja di pejabat dan di rumah dengan lebih teratur supaya tiada yang tertunggak.
Banyak yang akak nak kongsikan. Nanti-nanti yer....
20 Comments
Selamat tahun baru..😊😊
ReplyDeletebestnya dapat balik pukul 4, jimat masa sebab tak payah bersesak dengan orang lain. Happy new year jugak semoga azam tercapai :D
ReplyDeleteSelamat Tahun baru, banyak perancangan tahun baru ni . Insyaallah moga dipermudahkan
ReplyDeleteWahhh seronoknya dapat balik awal! Jealous la camni
ReplyDeleteTak ada azam tapi impian tahun 2018 ni ada. Hee hee. Moga kita dikurniakan kebahagiaan tahun 2018 ini.
ReplyDeleteperancangan ekin macam tahun lepas gak...
ReplyDeleteSelamat tahun baru
ReplyDeleteYeah,jom kita kuatkan semangat untul terus blogging untuk tahun 2018.
Banyak kak... Tapi saya simpan sendiri jelah untuk part2 tertentu. hihi. tapi secara umumnya, mestilah nak menjadi lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya, kan. insyaAllah... Happy New Year!
ReplyDeleteBanyak sangat perancangan say athaun 2018 ni. Dia natara larat tak larat nak buat je hahaha. Anyway, happy new year!
ReplyDeletehaha well perhaps it's time to habiskan semua goal goal tu from 2014 sampai sekarang!
ReplyDeleteWhats Your New Year Resolution?
semoga segala urusan 2018 dipermudahkan.
ReplyDeleteEnjoy nye can go back at 4pm, I also want!!
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segala urusan kak azi sekeluarga
ReplyDeletesame je gak... settlekan azam2 tahun lepass
ReplyDeleteTahniah dpt uruskan anak dgn baik. Semoga segala urusan dipermudahkan.
ReplyDeleteuntuk I, I dah banyak capai banyak benda 2017, tapi azam 2018 ni nak join banyak contest dan menang Aminn,, kalau menang sebuah kereta Alhamdulillah sangat sangat
ReplyDeleteazam saya nak langsaikan azam tahun lepas yang tak tertunai
ReplyDeleteHappy New Year! I want to set my goals too
ReplyDeleteSelamat tahun baru Kak Azi, semoga dipermudahkan segalanya. Tak sabar nak baca apa yang nak dikongsikan nanti tu...
ReplyDeletepelik tak kalau saya katakan yang saya tak ada perancangan apa apa untuk tahun 2018 .. huhu.
ReplyDelete