Terima Musibah Dengan Hati Terbuka
Mudah nak kata tapi hakikatnya perit untuk diterima. Untuk pertama kalinya tahun ini, akak mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke pejabat yang biasanya hanya 15-20 minit sahaja. Seperti yang semua maklum, musibah banjir sedang melanda Pulau Pinang dan sebahagian Kedah. Walaupun tak terlibat secara langsung dengan musibah ini tapi turut terasa juga kerana ada rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan juga persekitaran yang terjejas. Kita boleh kata , terimalah musibah ini dengan hati terbuka, namun jauh di sudut hati banyak yang perlu dilakukan untuk kembali pulih seperti biasa.
Banjir Besar Pulau Pinang
Bermula daripada Jumaat lagi memang hujan turun tanpa henti bersambung ke hari sabtu. Hujan yang semakin lebat memang membuatkan kami semua tak senang duduk memikirkan apa akan jadi. Bagi akak, memang lah kawasan rumah agak tinggi tapi memikirkan juga persekitaran yang berhampiran dan laluan keluar yang biasa kami lalui jika hendak ke sekolah irfan atau pun ke tempat kerja. Memang ada antaranya merupakan kawasan rendah.
Hujan memang lebat disertai dengan angin kuat di sebelah malamnya. Sabtu petang dah mula dapat info paras air yang naik di merata-rata tempat terutama di sebelah Georgetown, Bukit Mertajam, Seberang Jaya dan tak ketinggalan di beberapa kawasan di Kulim juga. Kesian kawan-kawan yang terlibat. Yang paling akak fikirkan ialah Isnin bermulanya peperiksaan SPM, bagaimanalah anak-anak di kawasan terlibat membuat persediaan mental untuk berjuang di dewan peperiksaan. Situasi yang mungkin ada ramai di antara mereka yang tidak pernah rasai langsung.
*gambar perkongsian rakan-rakan yang di timpa musibah
*gambar perkongsian rakan-rakan yang di timpa musibah
Peringatan Semasa Banjir dan Selepas Banjir
Musim banjir ni macam-macam boleh berlaku sekiranya tidak berhati-hati dan beringat. Akak kongsikan serba sedikit perkara yang perlu diberi perhatian semasa berlakunya banjir dan selepas keadaan kembali kepada asal.
Apa yang perlu korang beri perhatian semasa banjir :
1. Matikan suis bekalan elektrik.
2. Letak peralatan elektrik di tempat yang tinggi.
3. Berpindah ke kawasan yang lebih selamat sekiranya perlu.
4. Pastikan anak-anak tidak bermain di kawasan banjir.
*gambar perkongsian rakan-rakan yang di timpa musibah
Perkara yang perlu beri perhatian selepas banjir :
1. Jangan kembali ke rumah sebelum diberi pelepasan.
2. Periksa keadaan rumah untuk memastikan ianya selamat. Takut juga kalau-kalau ada binatang berbisa yang terperangkap.
3. Periksa perkakasan elektrik yang direndami air dengan kontraktor elektrik berdaftar supaya barangan tersebut selamat digunakan sekiranya ianya masih boleh digunakan.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Bermula daripada 6 November sehingga 29 November, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berlangsung. Dup dap dup dap juga hati ini bila mana pertama kali anak sendiri yang akan melalui peperiksaan besar untuk mereka sebelum melangkah ke alam seterusnya.
Kali ini peperiksaan dijalankan dalam suasana yang agak sedikit berbeza. Jika masa akak dahulu biasanya negeri-negeri di Pantai Timur yang akan melalui peperiksaan dalam musim banjir tapi kali ini telah beralih arah. Moga anak-anak ini kuat dalam melalui peperiksaan mereka. Ketika ini persediaan mental lebih penting.
Semalam sempat juga bersama dengan anak-anak pelajar di sekolah irfan. Bersama-sama memberi semangat moga dapat melalui peperiksaan dengan tenang dan menjawap soalan peperiksaan dengan lancar dan menepati soalan peperiksaan. Ibu ayah sentiasa mendoakan kejayaan mereka.
6 Comments
teruk jugak tengok banjir dekat penang. nasib kawan2 semua selamat
ReplyDeleteSemoga akak terus tabah dengan dugaan ini.. Semoga dipermudahkan urusan.. aamiin
ReplyDeleteHarap air cepat surut.
ReplyDeleteAllahu teruk juga ya, moga semua kembali pulih. Dan Moga Allah permudahkan segala urusan kak azirah & keluarga.
ReplyDeleteYa muhasabah diri adalah terbaik dengan menerima dugaan secara berlapang dada. Allah nak uji hambanya yang bertakwa.
ReplyDeleteSedih tengok kawasan kena banjir. Masalahnya zaman la ni la pulak asik banjirnya. Bertabahlah harap ada solusinya nanti InsyaAllah
ReplyDelete