Hari cuti adalah hari yang ditunggu oleh kebanyakan yang bergelar pekerja terutama golongan wanita termasuklah akak.  Bila tiba hari Jumaat memang perasaan seronok sangat dan mulalah memikirkan aktiviti yang sesuai untuk dilakukan selain daripada aktiviti rutin.  Setiap hujung minggu selepas dapat gaji, akak akan selitkan satu aktiviti menghias rumah untuk akak lakukan bersama dengan keluarga.  Menghias rumah ni salah satu cara nak kurangkan stress tau.  

Apa yang korang tumpukan bila mengusun atur atau menghias rumah korang?  Akak suka tumpukan pada hiasan luaran dan dalaman yang simple dan mudah diubah-ubah bila mahukan kelainan.  Sekarang ni akak dan en hubby sedang tumpukan pada hiasan luaran rumah kami yang tak seberapa.  Dah hampir 18 tahun di rumah yang sama, baru dua kali buat perubahan dan disebabkan kekangan masa dah makin banyak pula barang tidak perlu yang kena dialih atau dibuangkan.  Kena buat sikit-sikit sambil-sambil tu bolehlah cari-cari bahan ganti yang sesuai.

Idea Menghias Rumah Tampak Ringkas dan Menarik

Dalam banyak sudut dan ruang serta peralatan, ada beberapa yang menarik minat akak untuk tambah dan buat perubahan sedikit supaya lebih kelihatan ringkas dan menarik mata memandang.

Kerusi  Taman dan Buaian

Yang ni memang menjadi idaman akak sejak berpindah ke sini. Kerusi taman dah dapat beberapa tahun lepas tetapi nak kena ubah mengikut kesesuaian perletakan kawasan yang ada sekarang ini.  Buaian bulat ala-ala tergantung di pokok memang menjadi minat kami sekeluarga.  Cantikkan bila diletak di ruang depan rumah sebagai hiasan rumah bahagian luar.  Bolehlah rehat-rehat minum petang sambil bersembang anak beranak. 


idea hiasan rumah, hiasan rumah ikut budget, hiasan rumah minimalis, barangan hiasan rumah murah
Gambar google


Wall Paper

Untuk bahagian dalaman akak tertarik untuk memasang wall paper di beberapa bahagian rumah iaitu di ruang tamu dan dalam bilik anak-anak.  Kena pandai pilih wall paper yang sesuai dengan warna rumah.  Penggunaan wall paper bukan sahaja mencantikkan ruang kosong malah boleh menjadi bahan hiasan rumah yang simple, tak perlu letak pelbagai bingkai atau frame dinding untuk mengurangkan penampakan dinding yang kosong.

idea hiasan rumah, hiasan rumah ikut budget, hiasan rumah minimalis, barangan hiasan rumah murah

idea hiasan rumah, hiasan rumah ikut budget, hiasan rumah minimalis, barangan hiasan rumah murah
Gambar google


Untuk bahagian bilik anak pulak, corak-corak yang ceria pasti menjadi pilihan. Akak beri kebebasan untuk anak-anak memilih, asalkan mengikut budget ibu ayah.  Anak-anak dah remaja, selera mereka tak sama dengan anak-anak kecil.


Karpet Dan Alas Kaki 

Karpet dan alas kaki ni memang perlu di setiap rumah.  Bila letak karpet dan alas kaki rumah nampak kemas dan menarik taklah kosong sahaja.  Terdapat banyak pilihan karpet dan alas kaki yang korang boleh fikirkan, akak suka yang simple dan mudah di basuh.  


idea hiasan rumah, hiasan rumah ikut budget, hiasan rumah minimalis, barangan hiasan rumah murah
Kredit :rumahminimalisok.com


Langsir 

Satu lagi hiasan rumah yang memang akak tak pernah lupa untuk tukar ialah langsir.  Akak suka guna kain langsir yang jarang-jarang dan boleh nampak ke luar dari dalam rumah.   Langsir ni kalau nak tukar satu rumah memang makan budget yang akak besar juga.  Apa yang akak buat biasanya ialah menukar sedikit sedikit mulakan bahagian ruang tamu kemudian bilik utama dan seterus yang lain-lain.  Akak tak suka beli langsir yang dah siap jahit. Akak akan jahit sendiri mengikut kesesuaian pattern yang dipilih bersama keluarga.  


idea hiasan rumah, hiasan rumah ikut budget, hiasan rumah minimalis, barangan hiasan rumah murah
Kredit langsir.com.my



Cermin 

Yang terakhir dalam senarai ubah hiasan rumah akak ialah penambahan cermin.  Bila ada cermin senang nak bersiap tambahan anak-anak dara yang dah makin besar dan pandai berhias diri.  Pagi hari selalu berebut nak tengok cermin besar, al maklum dalam bilik masing-masing hanya ada cermin kecil untuk tengok muka sahaja.  Sekarang ni kena tambah yang besar dan tempat paling sesuai akak akan letak di bahagian ruang tamu dan luar bilik. Tak perlu rebut-rebut lagi.  Cermin pun ada pelbagai bentuk dan akak suka cermin berbentuk empat segi.  Penggunaan cermin juga boleh menampakkan ruang rumah lebih luas.   Almari pakaian berpintu cermin pula menjadi idaman dalam hiasan rumah yang akan datang.  Kena kumpul budget dulu.


idea hiasan rumah, hiasan rumah ikut budget, hiasan rumah minimalis, barangan hiasan rumah murah
Kredit iecurtainglory.blogspot.com


Banyak lagi kalau nak dikira barang-barang rumah yang menarik.  Kalau nak disenaraikan memang panjang.  Sekarang ni tumpukan pada yang penting-penting dahulu untuk mengganti dan sebagai tambahan pada yang sedia ada.  Bila dah berusia ni lebih menjurus kepada  hiasan simple dan minimalis.  

Jom hias rumah!