Unboxing Althea Lazy Sunday Box

Dah lama berkenan dengan Althea box yang datang dalam pelbagai barangan sesuai dengan tujuan promonya. Althea memang dikenali dengan barangan kecantikan  k-beauty daripada Korea.  Kali ni akak diberi peluang unboxing Althea Lazy Sunday Box.  Sesuai dengan cuti-cuti hujung minggu memang seronok kalau dapat manja-manjakan muka dengan pelbagai barangan dalam Althea Lazy Sunday Box ini.


Unboxing althea box, Lazy sunday box,althea
Macam-macam ada dalam box ni


7 Barangan Dalam Althea Lazy Sunday Box



Dalam kotak ni ada 7 barangan yang sangat best untuk korang manja-manjakan kulit wajah korang.  Hari cuti bolehlah berlama-lama sedikit depan cermin sambil belek-belek muka. Masa cutilah boleh nak naikkan semula seri wajah yang stress dengan bebanan kerja dan kerenah anak-anak.  Korang kena cari juga tau masa hujung minggu untuk diri sendiri.  Tak pergi spa pun tak apa, boleh je korang buat sendiri.

Nak tahu tak 7 barangan menarik yang ada dalam Lazy Sunday Box ni?

Ni dia 7 barangan yang pasti korang takkan tolak daripada menggunakannya:


1. Cream Stick Blusher - blusher dalam bentuk stik ni sangat mudah untuk digunakan dan yang paling best mudah untuk disimpan.  Warnanya pun soft je bila sapu di permukaan pipi, nampak natural. Akak tak suka sangat warna-warna yang jelas sangat, suka yang semulajadi.


Unboxing althea box, Lazy sunday box,althea
Ni blusher yang akak dapat, okay je bila guna nampak natural jugak.

Unboxing althea box, Lazy sunday box,althea




2. Big Cover Pot Concealer - didatangkan dalam bekas yang kecil, comel tapi hasilnya best.  Akak guna untuk tutup sikit-sikit cela di wajah bekas jerawat yang dah sekian lama ada.  Boleh la nampak licin la macam takde bekas-bekas yang tak menarik tu.  Bukan nak guna banyak pun, sapu sikit je. Senang nak simpan, selit dalam pouch je.


Unboxing althea box, Lazy sunday box,althea

Unboxing althea box, Lazy sunday box,althea



3. Deep Blue Caviar -  merupakan kalogen mist.  Suka guna ni sebab rasa kulit muka lembab je lepas sembur-sembur.  Senang nak guna dan bawa ke mana pun.  Sebelum keluar rumah, pastikan sembur dahulu deep blue caviar ni ke muka.  



Unboxing althea box, Lazy sunday box,althea
Suka ni...sembur-sembur kat muka.


4. Quick Toner Pack  -  bagi yang travel,toner begini sangat sesuai untuk digunakan sebabnya senang nak bawa.  Ada 20 pek dalam bekas ni, setiap pek ada beberapa keping toner untuk digunakan.  Dengan saiz begini, mudah untuk di bawa ke mana-mana.


Unboxing althea box, Lazy sunday box,althea



5. Krim pelembap Wangskin - satu lagi yang akak suka guna dalam box  Lazy Sunday ni.  Krim pelembap ini sesuai untuk digunakan samada siang ataupun malam.  Lepas guna kulit rasa licin dan lembap dan sesuai juga digunakan bagi semua jenis kulit.  Anak dara akak berkulit sedikit sensitif, bila guna krim pelembap ni, dia kata okay.  Ianya tidak melekit lepas guna.


Unboxing althea box, Lazy sunday box,althea

Unboxing althea box, Lazy sunday box,althea


6. Oatmeal cleasing tissue - pertama kali akak guna produk daripada oatmeal.  Suka juga guna tisu pembersih berasaskan oatmeal ni. Segar rasa muka lepas guna dan boleh juga guna sebagai tisu pelembap. 


Unboxing althea box, Lazy sunday box,althea

7.  All Around Safe Block - tak cukup kalau tidak menggunakan safe block bila keluar rumah kan?  Dalam Lazy Sunday Box ada juga pek kecil safe block ini untuk dicuba.  Ada 3 jenis safe block:

1. Essence Sun Milk
2. Waterproof Sun Milk
3. Soft Finish Sun Milk

Unboxing althea box, Lazy sunday box,althea

Unboxing althea box, Lazy sunday box,althea


Memang menarik barang-barang dalam Althea Lazy Sunday Box ni.  Jadi malas sungguh nak keluar rumah sebab nak spend masa manja-manjakan diri dengan pelbagai produk yang ada ni. Kalau korang berminat dengan kotak ni, boleh dapatkan info lanjut https://my.althea.kr/

Tak rugi mencuba !

19 Comments

  1. yang pelembap wangskin tu mcm best...

    ReplyDelete
  2. I've tried out this box as well and I love the products.

    ReplyDelete
  3. Menarik semua item dalam lazy sunday box ni kak. Minat la stick blusher tu. Senang nak bawa travel.

    ReplyDelete
  4. suka dengan produk althea..memang best..

    ReplyDelete
  5. Best kan box ni? Ami pon grab satu..sng nak bawa toner tu g travel..

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat box dr Althea. Kita pun nak jugak. Seronok dapat barang make-up. Suka Collagen Mist tu!

    ReplyDelete
  7. blusher stick tu nampak menarik. msti senang nak apply kan

    ReplyDelete
  8. wahhh kak semuanya..best.. nanti bg review each of product after used tau..

    ReplyDelete
  9. Untung orang perempuan ni setiap hari ada boz yang lain-lain ker heheheh tapi orang laki satu produk boleh pakai satu bulan wakakakakaka...

    ReplyDelete
  10. Brg2 dr Althea mmg xpernah mngecewakan...
    Saya pun puas hati

    ReplyDelete
  11. Waaaaa bestnya ika x sempat beli box ni . Ika beli box skincare lain.

    ReplyDelete
  12. Bestnya - tajuk dia tu menarik Lazy Sunday tu. Yang best adalah Laniege kan. Suka sangat produk Laniege.

    ReplyDelete
  13. Bestnya... Makin cantik lah lepas ni. Produk althea memang bagus.

    ReplyDelete
  14. Bestnya Althea. Produk dia semuanya bagus-bagus. Teringin pulak nak mencubanya

    ReplyDelete
  15. deep blue caviar? i think i need that for my skin! hahaha

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  16. love althea. this box seems so worth it

    ReplyDelete
  17. Comel beauty box sekarang ni. Siap ada macam-macam tema. Hehehe

    ReplyDelete
  18. hari ahad baru baca artikle ini... adakah ini dinamakan jodoh.. terasa lazy juga hari ahad hari nie hahaha gurau je

    ReplyDelete