Permohonan Online Kemasukan Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh 2018 Dibuka
Bermula 16 Oktober sehingga 19 November 2018, pada korang yang ada anak, adik, anak sedara, anak jiran-jiran yang mengambil peperiksaan UPSR baru-baru ini dan berminat untuk meneruskan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bolehlah mula memohon.
Akak baru sahaja submit permohonan kemasukan MRSM amira dan afiah. Lepas ni bolehlah mohon untuk SBP pulak. Harap-harap keputusan peperiksaan mereka nanti membolehkan mereka meneruskan pelajaran di mana-mana sekolah berasrama penuh.
Kenapa Memohon Ke Sekolah Berasrama
Mungkin ada yang tak mahu anak-anak ke sekolah berasrama. Tapi pada akak dan en hubby, kami lebih suka sekiranya anak-anak dapat masuk ke sekolah yang berasrama sepenuhnya. Lebih mudah untuk anak-anak menyusun aktiviti pembelajaran dan kurang pengaruh luar. Mula-mula memanglah perasaan bercampur baur sebab anak tak berada di depan mata kita. Mula-mula sahaja. Tapi sebagai ibu dan ayah kenalah pandai sorok -sorok rasa sedih tambah-tambah bila dengan anak-anak. Kena sentiasa memberi semangat dan motivasi.
Sekiranya ada peluang biarlah mereka belajar di tempat yang lebih baik. Abang Irfan pun akan tamat persekolahannya tak lama lagi. Cepat pulak masa berlalu. Tahu-tahu dah 5 tahun abang irfan di asrama. Harap-harap adik-adik boleh sambung legasi abangnya nanti.
1 Comments
Assalamualaikum wrmbth
ReplyDeleteApa khabar sis Azi
Semoga semuanya lancar hari isnin ni
Ibu bapa yang ada anak nak masuk form 1 boleh cuba