Memandangkan cuti deepavali jatuh pada hari rabu di pertengahan minggu, akak dan en hubby bercadang nak bawa anak-anak berpiknik di tepi sungai.  Walaupun cuti sekolah seminggu tapi kami tak plan ke mana-manapun since abg irfan ada mengikuti kelas pecutan spm sehingga khamis. Okaylah, akak pun simpan cuti.

Lokasi tujuan ialah di Sungai Sedim. Ni je kawasan yang sesuai dan tak jauh sangat daripada rumah.  Kami ke sinipun dah petang selepas abang irfan balik kelas. Perjalanan lebih kurang 40 minit saja tak terasa jauh sebab ikut laluan kampung, sibuk menikmati pemandangan.

piknik tepi sungai, berkelah musim cuti, aktiviti musim cuti sekolah, sungai sedim


piknik tepi sungai, berkelah musim cuti, aktiviti musim cuti sekolah, sungai sedim


Seperti dijangka memang ramai pengunjung di sini.  Maklumlah cuti sekolah dan cuti umum. Cuaca pun tak panas tak hujan...sesuai untuk berendam. Bagi peluang anak-anak bermain puas-puas dengan ditemani en hubby.  Akak jaga barang je la sambil siapkan entry blog.  Best jugak sesekali dapat suasana lain ketika mengarang entry.  Sambil-sambil curi pandang lokasi menarik untuk bergambar.

piknik tepi sungai, berkelah musim cuti, aktiviti musim cuti sekolah, sungai sedim

piknik tepi sungai, berkelah musim cuti, aktiviti musim cuti sekolah, sungai sedim
bawa bekal nasi goreng dengan sambal sotong. Lepas berendam memang masing-masing kelaparan.

Dik wan memang mudah dapat kawan baru.  Yang lain kenalah jadi pemerhati takut takut jugak terlebih seronok. 

4 Perkara Utama Perlu Beri Perhatian Bila Berpiknik


Berada di kawasan perkelahan begini, kenalah berhati-hati. Tambah-tambah ketika ada ramai pengunjung. Antara yang perlu korang ambil perhatian ialah :

1. Tempat letak barang- barang mesti ada yang menunggu.  Samada terjun sungai secara  
    bergilir atau ada yang setuju untuk menjaga barang-barang.
2. Anak-anak kecil yang bermain air mestilah di bawah pengawasan dewasa. 
3. Orang dewasa pun kena jaga-jaga terutama kalau kawasan tersebut aliran air deras 
     atau laju.
4. Pastikan tempat korang pilih selamat daripada sebarang ancaman samada ancaman  
    binatang seperti monyet atau nyamuk, tidak tersorok sangat daripada pandangan orang 
    lain.

Cukup 4 ni yang lain-lain korang boleh fikir sendiri.  Berpiknik bersama keluarga memang seronok.  Pastikan korang juga menjaga kebersihan tempat yang korang pergi. Bawa bersama plastik sampah untuk masukkan sampah-sampah yang korang buat.  Bukan sahaja dapat menjaga kebersihan tempat, penyakitpun terhindar.  Menjaga alam sekitar kan tanggungjawap bersama.

4 Comments

  1. yupp betul tu, beringat sebelum kena.. musim tengkujuh ni lagi la macam2 boleh berlaku, kita lepa sekejap je, tragedi bila2 masa menanti... jadi pokok pangkal ibu bapa kena prihatin, peka dan sentisa waspada... sayangi keluarga kita..

    ReplyDelete
  2. Tq for tips. Lama mama x piknik teringin Pula laa

    ReplyDelete
  3. Lawa sungai sedim tu. Cuma kawasan alam semulajadi ni bila kita datang yang tak bestnya

    Sampah tak di bersihkan

    Pelawat kurang kesedaran

    ReplyDelete
  4. Best air sungai tu. Tempat begini lebih sesuai untuk rendam rendam sahaja kan. Air yang deras walau pun cetek tetap merbahaya bagi kanak kanak. Mesti berhati hati.

    ReplyDelete