Jangan Sekali-kali Berputus Asa Dengan Usaha Yang Dilakukan
Tahniah! Tiada ucapan yang paling bermakna untuk diucapkan kepada Dato Siti Nurhaliza di atas berita yang disampaikan baru-baru ini. Setelah 11 tahun menunggu akhirnya beliau dikurniakan satu-satunya nikmat yang paling diimpikan oleh setiap pasangan iaitu mengandungkan zuriat hasil perkongsian cinta kasih sayang selama ini.
Terharu juga rasa ketika mendengar sidang media yang diadakan. Jelas terlihat wajah seorang bakal ibu. Setelah bertahun-tahun menunggu. Jangan sekali-kali berputus ada dengan usaha yang dilakukan. Janji Allah itu pasti. Kalau telah ditentukan ada haknya, pasti bila tiba masa dan ketika akan hadir juga.
Kisah Tok Ti ini juga telah dilalui oleh kawan-kawan akak juga. Bukan semua pasangan yang mendirikan rumahtangga selepas setahun dua terus dapat zuriat. Ada yang tunggu bertahun-tahun baru dapat. Ada yang masih terus menyulam impian. Yang penting jangan sesekali berputus asa.
Doa kami, agar akan lahir zuriat yang dinantikan sebagai penambah seri rumahtangga yang dibina.
2 Comments
Tahniah Kak Siti!
ReplyDeleteLama menanti, alhamdulillah rezeki tok ti ;)
ReplyDelete