Menghampiri cuti sekolah tak lama lagi mesti korang yang dah berkeluarga dan ada anak-anak bersekolah dah mula merancang percutian akhir tahun. Ke mana destinasi hujung tahun nanti?  

Perkara Yang Perlu Difikirkan Sebelum Bercuti


Kalau memang dah jadi program tahunan keluarga, jadi dari awal biasanya korang dah tentu membuat perancangan. Tapi kalau akak, memang jarang sangat merancang perjalanan, selalunya adhoc.  Bila adhoc ni, faham-faham ja lah mesti belanja akan jadi lebih tinggi.  Oleh itu, bagi korang yang macam akak ni, sebelum memilih tenpat bercuti, kenalah ambilkira beberapa perkara.



percutian keluarga, family vacation, plan bercuti, perancangan keluarga



1. Tengok budget dulu. Berapa peruntukan yang boleh diketepikan untuk percutian keluarga.  Peruntukan perlu mengambil kira perbelanjaan selepas pulang bercuti.

2. Pilih destinasi.  Biasanya selepas ada peruntukan, baru akak tentukan destinasi percutian. Kalau budget sikit maka lokasi pun dekat-dekat sahajalah.

3. Tetapan lama percutian. Dah ada lokasi barulah fikir pulak berapa hari nak bercuti. Biasanya kalau hujung tahun akak akan ambil cuti lama sedikit. 

4. Tetapan tempat menarik untuk dilawati.  Setiap lokasi yang dipilih mesti ada tema percutian. Samada nak bertemakan cuti semata-mata, bercuti sambil berjalan atau bercuti sambil bershopping.  Semuanya akan memerlukan budget yang berbeza.  Family akak selalunya akan memilih bercuti sambil berjalan. Berjalan pula termasuklah episod jalan-jalan cari makan.

5. Pengangkutan ke tempat percutian. Ada yang suka menggunakan pengangkutan awam. Lagak gaya back packers. Teringin juga buat begini suatu hari nanti. Tapi sekarang akak lebih suka guna kenderaan sendiri. Mudah pergerakan dengan anak-anak. Nak bawa barang-barang pun mudah.

Apa lagi? Cukup 5 dahulu. Akak pun belum buat sebarang perancangan. Kena tunggu result exam anak-anak dulu. Macam-macam nak kena buat lepas tu.  Jalan dekat-dekat sajalah nampaknya.