Amalan Keluarga Bahagia Yang Mudah Untuk Dilaksanakan
Terhibur rasa hati bila anak-anak semua dapat berkumpul. Begitulah agaknya yang dirasai oleh ibu ayah kita dulu bila anak-anak dah membesar. Malam tadi ke sekolah abang irfan, baru selesai kelas pecutan SPM, baru dapat balik bermalam di rumah. Bertabahlah anak, tak lama dah nak SPM , moga kejayaan milik abang. Hargai masa-masa yang ada ini bersama kawan-kawan, nanti masing-masing dah bawa haluan sendiri.
Terbaca perkongsian yang kawan-kawan berikan tentang mewujudkan keluarga yang sempurna. Sekarang ni macam-macam yang kita dengar tentang keruntuhan keluarga, kepincangan dalam pembesaran anak-anak dan sebagainya. Moga apa yang akak kongsikan ini, boleh menjadi panduan untuk kita semua.
Tios Lahirkan Keluaga Bahagia
1. Solat awal waktu.
2. Biasakan ada sesi bersama keluarga (Ta'lim) sekurang-kurang setengah jam sehari.
Boleh buat selepas waktu solat maghrib sementara menunggu Isya sambil bercerita
tentang kisah-kisah Rasullullah s.a.w, kisah para nabi, tafsir Al Quran dan sebagainya
3. Pastikan ada waktu berjemaah antara ahli keluarga iaitu ketika makan, sekurang-
kurangnya salah satu waktu solat. Berbual-buallah dan jauhkan handphone daripada
pandangan mata.
4. Tumpu perhatian ketika anak-anak berbual dengan kita, jangan leka tengok handphone
atau tv.
5. Sebutlah nama pasangan dan anak-anak dalam doa setiap kali selepas solat.
6. Hindari sifat MALAS. Malas menyempitkan rezeki.
7. Berlembut dan bertolenransi antara ahli keluarga.
8. Jangan suka merungut.
9. Sabar dalam apa juga keadaan dan dugaan.
10. Kekalkan romantik dalam keluarga.
gambar lama
Cukuplah 10 dahulu akak kongsikan. Banyak lagi kalau nak diikutkan. Sentiasa cuba perbaiki diri dan keluarga ke arah yang lebih baik. Lebih banyak kita belajar, semakin banyak kita rasa kekurangan. Teruskan mencari ilmu bermanfaat.
17 Comments
InshaAllah semua ni kita boleh amalkan 😍
ReplyDeletebetul tu kak azie... saya pun hanya dapat praktik masa solat dan makan saja. Yang lain tu ada tapi tak selalu.
ReplyDeletedofollow blog ni
ReplyDeleteyupp kita akan merindui zaman anak2 kecil, so luangkan masa dan gunakan masa dgn semaksimum mungkin bersama2 anak2 tercinta.. tqvm atas perkongsian
Betul bila masing2 dah besar pasti kita akan rindu masa kanak2 diorg. Terima kaish jugak berkongi
DeleteTq for tips.. insya Allah
ReplyDeleteperkongsian tips yang bagus, kadang kadang masing masing busy sampai nak berjumpa pun taksempat. tapi bila hari cuti semua berkumpul
ReplyDeleteTips yg sgt bermaanfaat..thanks ye kak..
ReplyDeleteNice tips and sharing. In sya Allah akan sentiasa disematkan di dalam hati :)
ReplyDeletePerkongsian baik. Sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik 😉
ReplyDeleteIn Shaa Allah akan diamalkan.. hailaaa jodoh cepatlah datang.. dah lama saya menanti awak :-p hehe
ReplyDeleteKeluarga bahagia ni memang semua orang nak. Tapi cabaran dia pun boleh tahan susah. Apa yang boleh kita lakukan adalah sentiasa lakukan perkara yang wajib. Ini kerana Solat adalah tiang agama. Lengkap Solat, maka Allah s.w.t. permudahkan doa kita utk dapat keluarga bahagia.
ReplyDeleteKomunikasi penting diantara suami isteri. Anak juga kita perlu beri perhatian. Jadi ibu ni memang unik. Kita multitasking. Hahaha.
Amalan yang baik, pasti anak-anak juga akan ikuti. InsyaAllah
Tips yang bagus. terima kasih ya :)
ReplyDeleteAmin...thanks sharing kak. Moga saya n keluarga tak alpa
ReplyDeletetips berguna untuk lia juga bila berkeluarga satu hari nanti.
ReplyDeleteBagus tips ini terima kasih kerana berkongsi agar ibu bapa kat luar sana dapat manfaaat dan saling menjada keluarga menjadi keluarga bahagia...
ReplyDeleteHappy family. Ohana
ReplyDeleteTerima kasih untuk peringatan ini.. Kadangkala kita terlupa, utamakan benda lain sampai keluarga sendiri terabai t-T
ReplyDelete