Kebelakangan ni memang agak banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Macam-macam nak kena fikir daripada celik mata bangun tidur sampai lena balik sebelah malamnya.  Tidur pun kadang-kadang tak berapa nak lena.  Bospun asyik tanya performance tiap-tiap hari. Ingatkan masa dok buat sales aje dulu kena update performance setiap hari tapi bekerja kat back end pun ada target nak kena capai.  Kadang-kadang boleh mengeluh letih aje la kat en hubby.  Mujur jugaklah en hubby rajin nak dengar omelan akak ni.

Makanan Yang Boleh Mengurangkan Stress, sayur-sayuran, menangani stress, stress, kesan stress


Kesan Stress

Terbaca satu artikel tentang menangani stress.  Stress ni tak bagus tau.  Terlalu banyak stress atau tekanan akan menyebabkan sistem kesihatan kita terganggu.  Antara kesan bila korang stress :

  • Hilang mood atau mood tak menentu
  • Tidur terganggu
  • Gangguan pada fungsi kardiovascular
  • Penuaan
  • Keletihan otak 
  • Kurang tumpuan
  • Gangguan fungsi seksual
Kebanyakan orang akan melalui fasa stress yang berbeza-beza.  Yang penting kita kena tau bagaimana untuk menangani stress dan mengawalnya.  Korang tau tak, ada beberapa jenis makanan yang boleh membantu mengurangkan stress.

Makanan Yang Boleh Mengurangkan Stess

Akak share dengan korang beberapa jenis makanan yang korang boleh dapat dengan mudah dan boleh membantu mengawal stress korang.

1. Dark Chocolate
`Dark Chocolate' dikatakan kaya dengan koko dan ianya mempunyai kesan melegakan tekanan.  Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan dark chocolate mampu mengurangkan stress. Lepas ni kena ada stok dark chocolate kat rumah.

Makanan Yang Boleh Mengurangkan Stress, sayur-sayuran, menangani stress, stress, kesan stress



2. Kiwi, oren,  nanas dan buah beri 
Buah-buahan ini kaya dengan sumber vitamin C.  Vitamin C juga dikatakan boleh mengekang kadar stress disamping meningkatkan sistem badan.


Makanan Yang Boleh Mengurangkan Stress, sayur-sayuran, menangani stress, stress, kesan stress


3. Bayam dan sayur-sayuran berdaun hijau
 Sayuran-sayuran ini juga merupakan sumber vitamin B yang sangat baik (contohnya, B2, B6, Folat), dan membantu mengurangkan kadar tekanan .


Makanan Yang Boleh Mengurangkan Stress, sayur-sayuran, menangani stress, stress, kesan stress


4. Kekacang
Kekacang seperti badam, kacang, biji labu, biji bunga matahari adalah antara sumber magnesium dan zink yang  baik dan penting untuk mengawal tindak balas tekanan badan. Mengunyah dikatakan perilaku yang berkesan untuk mengatasi tekanan.  Ni salah satu stok makanan yang akan akak tambah kuantitinya di rumah. 





Semua ni senang nak dapat dan boleh buat stok.  Satu lagi yang akak selalu suka buat bila stress ialah tengok cerita lawak, sembang lawak-lawak dengan kawan-kawan.  Bila lepas solat bacalah Al Quran walaupun sebaris ayat. Memang lega....