Akak selalu pening tengok ruang tamu akak yang biasanya memang ada macam-macam benda.  Selain daripada sofa, tv, meja kopi, dipenuhi juga dengan mainan dzakwan,buku-buku kerja anak-anak dan kadang-kadang bakul baju pun ada juga.  Ruang tamu kami taklah besar mana sebab bercantum dengan ruang makan juga.

Memang dalam proses nak meminimakan barang-barang yang ada di ruang tamu akak ni. Tak mau tunjuk gambar lagi, tunggu akak make over dulu.  Alah korang bukannya nak make over beriya-iya sangat.  Guna semua yang ada balik je tapi kena susun atur dengan lebih baik lagi.  Barang-barang yang tak perlu sila buang.  Jangan ada perasaan sayang pada benda-benda yang tak perlu.  Kadang-kadang rasa sayang nak buang tulah yang menjadikan barang bertambah.


Idea Ruang Tamu Ringkas Dan Menarik

Belek-belek website berkaitan, jumpalah beberapa idea yang menarik minat akak.  Jom akak kongsi kat sini.

Idea Hasilkan Ruang Tamu Yang Ringkas Dan Menarik

Idea Hasilkan Ruang Tamu Yang Ringkas Dan Menarik

Idea Hasilkan Ruang Tamu Yang Ringkas Dan Menarik

Idea Hasilkan Ruang Tamu Yang Ringkas Dan Menarik

**credit gambar pada semua owner. Akak google je.

Antara yang menarik di pandangan mata akak.  Sangat minimalist.  Senang nak kemas. Besar lebih kurang macam rumah akak je.  Tapi tak tahulah bila akan menjadinya. 

Tk kisahlah bila, tetap jadi impian suatu hari nanti.  Yang penting dan selalu pesan pada anak-anak, sama-sama buat sepah, silalah sama-sama mengemasnya.