Cuti Aidil Adha Yang Panjang
Tahun ni memang beraya sambut Aidil Adha dan Aidil Fitri yang lepas dengan cuti yang panjang. Cuti Aidil Adha ni memang tak plan kan dengan tambahan sehari lagi cuti yang diumumkan sempena kemenangan besar dalam sukan SEA yang baru lepas. Terima kasihlah pada atlit-atlit yang mengambil bahagian sebab korang dapat juga semua rakyat Malaysia merasa.
Meriah Bercuti Di Kampung
Oleh kerana Aidil Fitri yang lepas, akak berlama di Melaka so Aidil Adha ni kenalah berlama di Perak. Seronok kat manapun asalkan semua ahli keluarga ada bersama. Macam biasa, bila di kampung hubby, dah jadi kebiasaan en hubby ambil tender memasak rendang dan sebagainya. Akak dah tentulah jadi pembantu tetap. Masaklah juga serba sedikit. Lagipun keluarga kami dan kakak ipar sahaja ada di kampung so tak perlu masak banyak.
Meriahnya di kampung kali ini, kami memang tak ke mana. Betul-betul melepak kat rumah sahaja sambil melayan anak-anak dan menonton tv beramai-ramai. Anak-anak pun seronok melayan aktiviti yang boleh dibuat di kampung. Antaranya ialah memetik buah kelapa muda. Kali ni abang irfan mencuba bakat memanjat pokok kelapa di tepi bendang. Pengalaman katanya! Lepas tu sibuk pulak membantu si ayah mengutip buah cempedak di tepi pagar. Banyak sungguh buahnya kali ni. Isinya yang besar dan tebal, puas makan cempedak goreng di kampung.
Ni lah buah cempedak di tepi pagar. Puas makan. Kalau beli cempedak goreng, berebut-rebut ibu ngan ayah, kali ni sampai tak lalu dah nak goreng..hahhaha
Budak-budak ni bukan main seronok lagi main buaian. Lepas buaian, lari pulak sampai tengah bendang. Mujur bukan musim menanam, kalau musim menanam mau ada yang terjun masuk bendang tangkap ikan. Hu bestkan suasana gitu.
Hari kedua Aidil Adha, kami bergerak pulang agak awal sebab ada jemputan kenduri yang nak dipenuhi. Lokasi yang menarik, tak jauh daripada Sungai Sedim yang terkenal dengan tempat berkelah hujung minggu sambil menikmati kesejukan air Sungai Sedim. Tempat ni antara lata yang terkenal di negeri Kedah ni. Lepas makan kenduri, singgah mandi manda di sungai. Tapi yang boiboy sahaja yang merendam, kami yang gegirl ni celup-celup kaki sahaja. Ramai sangat orang. Layankan sahaja anak-anak.
Air Sungai Sedim ni arusnya deras. Kena lebih hati-hati kalau bawa anak-anak kecil. Airnya sejuk sangat. Tapi tak berlama pun, guruh dah mula bunyi. Bila berada di kawasan begini, dengar bunyi guruh kena cepat-cepatlah gerak naik ke atas darat. Bahaya .
Paling seronok cuti kali ini dah tentulah adik wan. Happy sepanjang masa. Abang dan kakak bercuti sambil membuat persediaan peperiksaan masing-masing. Bertabahlah anak-anak, dah tak lama dah.
9 Comments
puas mkn cempedak gemok2nye tu
ReplyDeletememang puashati
DeleteAlamak.. lama tak makan cempedak.. adehhh sedapnyee...
ReplyDeleteCantik nya tempat ini.
ReplyDeletedi sungai sedim ni..tempat menarik kat sini antaranya tree top walk
DeleteAssalamualaikum Wrmbth
ReplyDeleteSelamat hari selasa sis azi
Lama cuti banyak berjalan ya
lawa air sungai sedim tu
jalan dekat-dekat je terlanjur anak-anak semua ada kat rumah
Deletea ah betul2 air kat Sedim tu deras.. yang dewasa pun kena hati2 jenis air yang laju ni bahaya.. dap cempedak.. goreng dapnyeee..!!
ReplyDeletebetul tu....bawa budak2 ni kena main tepi tepi je
Delete