Negeri Kedah cuti hari ni sempena kemangkatan sultan. Terkejut jugak masa terima berita sebab tak dengar pulak baginda sakit.  Mujur juga anak-anak yang sedang menjalani UPSR tetap meneruskan exam.  Kalau cuti memang terganggu juga mood exam.  Akak memang kalau boleh biar terus exam hari-hari sampai habis. Sekali hadap, sekali fikir. Lepas tu rehat tunggu result.


graduasi tadika, persiapan sekolah, nak masuk sekolah



Si kecil ni pulak bukan main bersemangat lagi nak ke sekolah.  Cikgu pesan suruh bawah baju putih seluar gelap untuk sesi fotografi graduasi Smart Reader tahun ni. Balik sekolah dah berkali-kali ingatkan selagi tak beli.  Maka semalam petang ke kedai le kami.  Belikan sepasang dulu, so nanti hujung tahun tak kalut nak beli baju sekolah kebangsaan.  Oh ! Anak ibu dah nak masuk darjah satu.

Bila dah lengkap dengan uniform sekolah, baru perasan yang anak akak ni dah besar.  Biasa mungkin anak bungsu sentiasa jadi nampak kecil. Sunyilah tahun depan bila dia dah sekolah.