Penutupan Lorong Jambatan Pulau Pinang Selama Setahun
Penutupan Lorong Jambatan Pulau Pinang
Berita khas untuk warga utara terutamanya di Pulau Pinang dan juga pada korang yang merancang untuk bercuti di Pulau Pinang. Seminggu lepas lagi berita ni dah di war-warkan samada di media social dan media-media yang lain. Ada yang tanya betul ke akan berlaku penutupan lorong Jambatan Pulau Pinang? Ye la. Jambatan tu kan selalu sangat popular dengan kesesakannya di waktu puncak. Kalau berlaku penutupan lorong Jambatan Pulau Pinang, dah tergambar dah macamana punye sesak nanti. Teringat masa pihak Penang Bridge nak buat penambahan lorong motosikal satu ketika dulu. Memang sesak sangat terutama sebelah pagi dan balik kerja petangnya. Masa bulan puasa memang kerap sangat berbuka atas jambatan je.
Penutupan lorong ini sebenarnya dilakukan oleh pihak PLUS atas sebab perlu membuat kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan berjadual ke atas Jambatan Pulau Pinang. Ianya telahpun bermula hari ini 22hb Ogos 2017 dan akan berjalan sehingga ke 21hb Ogis 2018, setahun tu korang. Bukan semua lorong ditutup. Adalah jadual yang telah disediakan oleh pihak PLUS sebagai panduan pada pengguna. Memang perlu diberi panduan ni sebab sekarang ni ramai yang menetap di tanah besar Seberang Perai dan bertugas di sebelah pulau.
Korang boleh rujuk pelan yang akak bagi ni sebagai panduan. Yang penting pada yang nak menyeberang ke Pulau Pinang kenalah rancang perjalanan anda. Kalau berlaku sesuatu kejadian di tengah perjalanan tu tak dapatlah nak elakkan. Tapi jangan jadikan alasan sampai lambat ke tempat kerja. Kalau korang sanggup, bolehlah gunakan perkhidmatan feri dan juga menggunakan laluan jambatan ke dua.
Akak pun kena plan betul-betul lah kalau kena arahan bertugas di pulau. Kalau boleh memang takmau terlibat dengan kesesakan lalulintas. Sebagai membantu korang, korang bolehlah follow twitter PLUS Trafik, muat turun aplikasi PLUS Trafik dan gunakan panduan waze atau google map sebelum memulakan perjalanan.
Tak lama korang setahun je!
11 Comments
Assalamualaikum. Apa khabar azi
ReplyDeleteMemang sesak jadinya
Dulu 4 tahun duduk penang
Masa sesak tu tok sah cerita
betul .. selalu sesak walaupun tiada kerja-kerja pembaikan dijalankan
DeleteAssalamualaikum Wrmbth & selamat menjamu selera sis azi
ReplyDeletesemoga proses pemeriksaan ni lancar
sebab bila jalan sesak macam macam boleh jadi
sikit saja penutupan lorong....
ReplyDeleteSikit tapi kesannya hebat juga..
Deleteadik mama yg berlajar di usm pun dah tak keruan gak ni
ReplyDeletebertabahlah
Deletesetahun, lama tu..huhu..
ReplyDeletekan...
Deletetapi depa tutup berkala.. kalo skaligus memang jenuh kena marah hehe.. sbenarnya kalo pengguna ekot nasihat yang PLUS da sediakan insyallah x sesak..
ReplyDeletehadap je la....
Delete