Gaya Hidup Lebih Mudah
Korang mesti suka gaya hidup yang mudah kan? Sekarang ni ada macam-macam cara untuk memudahkan urusan kerja harian korang sama ada yang bekerja ataupun suri rumah. Bagi ibu-ibu yang bekerja, mesti hari-hari dok fikir cara yang mudah untuk sediakan hidangan makanan untuk keluarga. Kalau boleh semuanya nak sediakan sendiri.
Salah satu cara yang akak gunakan dalam hal nak masak cepat ni ialah dengan menggunakan pressure cooker. Macam-macam tau korang boleh buat dengan pressure cooker ni. Akak suka sebab ianya menjadikan proses menyediakan masakan lebih cepat. Cepat banyak tu!
Pressure cooker ni akak beli beberapa tahun lepas. Sangat puashati dengan kegunaannya. Macam-macam dah kami cuba dengan pressure cooker ni. Salah satunya merebus ketupat segera. Kalau dulu rebus dalam kukusan, tunggulah sejam dua baru beras mengembang elok. Sekarang ni, setengah jam sudah memadai. Cepat dan mudah. Akak suka!
Mahal vs Murah
Pada akak ketika membeli barangan kegunaan keluarga, akak tak tengok pada harga dan jenama tapi akak tengok kegunaannya. Biar yang akak beli beli tu, fungsinya banyak yang akak guna. Biasanya barangan yang banyak fungsi harganya lebih tinggi. Ada jugak fungsi yang kita tak guna sangat atau kadang-kadang tu tak guna langsung. Rugikan!! Jadi bila membeli tu fikir-fikirkan jugalah bab ini.
Alah membeli menang memakai kata orang kan!
22 Comments
macam2 jenis dah pressure cooker di pasaran sekarang kan...buatlah pilihan yang mana berkenan di hati
ReplyDeletebetul tu ..kena tengoklah berapa budget kita juga
Deletesalam singgah sini. betul tu sis.. sekarang macam2 dah brand pressure cooker. yg penting kita tengok kegunaannya tu camner
ReplyDeleteterima kasih singgah sini. Nanti saya bw yer
DeleteBetul tu kak. Yang penting kegunaannya. Berbaloi jimat masa. Ada Panasonic keluarkan pressure cooker baru buat sup tulang setengah jam saja. Meggiurkan.
ReplyDeleteNanti raya haji kot nak beli untuk mak satu.
adanya pressure cooker ni kerja jadi cepat sikit
DeletePressure cooker memang menjimatkan masa ye.. kalau beli barang macam ni mmg kena beli yg berkualiti barulah tahan lama
ReplyDeletesetuju
DeleteJenama Elba boleh diyakini dan lasak. Kami ada periuk pressure yang guna gas.
ReplyDeleteyes...so far memang tahan lasak juga
DeleteSetuju. Yang penting kita guna puas hati.
ReplyDeletebetul
Deleteharga murah tapi kualiti dan fungsi setanding jenama hebat, dah kira bagus ni
ReplyDeleteyup...ala membeli menang memakai
DeleteBak kata orang beli ikut apa yang kita perlukan sahaja. Bukan ikut kemahuan.
ReplyDeletesetuju sangat
Deletemy Chef kat rumah tu guna kalau nak lembut kan daging.. cepat sungguh.
ReplyDeletekat rumah pun awalnyg gitu la..tp sekarang ni kalau nak cepat macam-macam dah kita orang gunakan pressure cooker ni untuk memasak
DeleteBetul juga kata akak, Sebab kalau yg lbih banyak fungsi tapi kadang kita tak pakai rugi jugak. Bayar mahal2 tapi tak guna kan. Mudahkan cara ikut keadaan. Tq kak
ReplyDeletesama-sama
Deletebaru beberapa minggu lepas husband terfikir2 nak beli pressure cooker,
ReplyDeletekatanya byk kegunaan ...
Kalau ada budget belilah ..banyak kegunaannya. Akak pun tak abes explore lagi.
Delete