60 tahun dah berlalu negara kita merdeka daripada kuasa penjajah.  Bila tiba hari merdeka ni dapatlah dengar kisah-kisah negara semasa zaman penjajah dulu.  Macam-macam kisah ada.  

Tahun ni cuti hari merdeka bersambung-sambung pulak dengan sambutan Aidil Adha. Lepas tu berita gembira untuk semua rakyat Malaysia, diumumkan pula cuti peristiwa pada hari Isnin nanti sempena meraikan kemenangan luar biasa sepanjang sukan SEA yang berakhir semalam. Suka dapat cuti? Bolehlah layan rehat-rehat kat rumah.  


sambutan hari merdeka, 60 tahun kemerdekaan malaysia




Tahun ni tak dapat nak meraikan kawan-kawan yang menyertai perbarisan kemerdekaan di Padang Kota.  Esok nak raya, nak kena balik kampung dulu.  Good luck untuk korang, harap-harap tahun ni boleh mengekalkan lagi kemenangan.

5 Comments