Setiap hari Rabu mesti akan tertanya-tanya. Macamana harga petrol minggu ni - naikkah atau turun.  Bila turun, syukur sangat, bila naik...mengeluh jugaklah. Tapi nak buat macamana kereta nak kena jalan jugak.  Bukan akak saja yang rasa macam ni, mesti korang jugak rasakan.  Nampaknya kena semakin rajin mengawal dan merancang kewangan keluarga sekarang ni.

5  Langkah Proses Perancangan Kewangan

Bagi keluarga yang anak-anak semakin membesar macam akak ni, perancangan kewangan yang betul dan berkesan memang sangat diperlukan.  Apa taknya, tak lama lagi abang irfan akan melangkah ke alam kolej, yang gegirl pun dah masuk menengah, adik wan pun nak masuk sekolah dah tahun depan.  Ini bermakna perbelanjaan semakin besar dan memandangkan harga barang yang tidak menentu dan nampaknya semakin menaik menambahsukarkan lagi sekiranya tidak ada perancangan yang betul.  Jangan kata - awak dah lama kerja, gaji dah banyak.  Bak kata orang tua, lagi besar periuk lagi besarlah keraknya.  


perancangan kewangan, berjimat, menabung, rancangan kewangan keluarga



Akak kongsikan 5 proses perancangan kewangan yang mungkin boleh membantu korang merancang kewangan keluarga.


Menilai kedudukan kewangan semasa.

Adalah penting untuk setiap kita selalu melihat dan menilai kedudukan kewangan semasa keluarga kita.  Tujuannya adalah untuk mengukur kemampuan kita berbelanja.  Biarlah kedekut dalam perbelanjaan yang tidak berapa perlu daripada hidup berhutang dan berbelanja melebihi kemampuan.


Menetapkan matlamat kewangan peribadi

Setiap yang dah bekeluarga mesti dah ada peruntukan siap-siap setiap bulan seperti bil-bil bulanan, perbelanjaan ke tempat kerja, belanja sekolah anak, keperluan makanan dan barang dapur serta lain-lain lagi.  Tak lupa juga, korang jangan sesekali tinggalkan sedikit bahagian sebagai simpanan. Simpanan tu korang bolehlah tetapkan samada untuk simpanan jalan-jalan, beli barang ataupun pendidikan anak-anak. Korang yang bujang pun kenalah pastikan perbelanjaan korang jangan sampai berlebihan.   Kalau yang merancang untuk mendirikan rumahtangga memang sangat perlu perancangan yang betul. Jangan sampai meminjam sana sini.


Menentukan tindakan yang perlu diambil

Bila korang ada matlamat kewangan, korang perlulah ada tindakan supaya matlamat korang dapat dipenuhi.  Selain daripada membuat tabungan, korang boleh juga buat kerja part time.  Macam-macam kerja yang boleh dibuat contohnya korang buat blog ni. Boleh juga menjana pendapatan sikit-sikit.  Tapi janganlah sampai memudaratkan kerja hakiki korang.  Bagi surirumah pula boleh juga buat business online atau ambil upah jaga anak orang atau ambil tempahan masakan dan kuih muih.  Asalkan ada kemahuan, mesti ada jalankan!


Menilai alternatif yang akan memenuhi matlamat kewangan

Tidak semua tindakan yang dirancang boleh dilaksanakan. Korang kena ambil kira juga kekangan yang akan korang hadapi sekiranya tindakan tersebut diambil.  Biarkan setiap tindakan yang dilaksanakan, sangat minimal halangan yang ada.  Bukan mudah yer untuk memastikan kita mampu merancang kewangan kita dengan baik.


Mewujudkan pelan kewangan dan melaksanakannya

Bila dah nilai semuanya, bolehlah laksanakan perancangan korang. Kadang-kadang apa yang kita rancang tak menjadi. Korang jangan give up! Mulakan semula dan cuba lagi.  Mula-mula nak buat memang rasa susah .  Terutama bila korang kena buat lain daripada kebiasaan yang korang buat semasa tiada ada pelan perancangan kewangan. Rasa macam perbelanjaan disekat. Tapi dah lama-lama korang akan rasa seronok. Tambah-tambah bila matlamat kewangan korang dah semakin hampir nak capai. 

Semuanya atas diri korang sendiri. Takde benda yang mudah untuk dilaksanakan kalau korang nakkan hasil yang terbaik.

#sumber info daripada akpk






10 Comments

  1. huhu nak kena kedekut lah lepas ni...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.. Saya akan cuba praktiskan tips ni dalam pelan kewangan saya :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian kak azi. kalau follow confirm elsa tak boros lagi hehe :)

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/08/kebaikan-keburukan-pembelian-online.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena kuat semangat nak tahan nafsu berbelanja ni..hehe

      Delete
  4. good sharing sis. dulu echa ada buat financial tracker supaya blh control belanja apa semua kan. tapi alahaiii. pyh jugak nak saving nii huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak mulakan memang payah, dah mulapun selalunya macam-macam dugaan kan..hehe

      Delete
  5. Salam. Singgah sini.
    Nasihat yang sangat berguna untuk orang orang muda.
    Kami orang dulu dulu ada buku 555 untuk catit perbelanjaan walau pun value 5 sen. Memang kedekut pun. Tak mengapa. Senang di kemudian hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Dulu selalu tengok mak simpan beberapa buah buku 555 yang berlainan warna. Rekod perbelanjaan harian. Bila rekod baru kita tahu ke mana pengaliran wang kita.

      Delete