Life Is All About Planning !
Perasan tak korang yang dalam hidup ini semuanya perlukan perancangan. Betul tak? Cuba korang duduk dan ingat semula apa yang korang buat dalam seminggu. Mesti korang akan nampak susunan dari awal pagi sampai ke malam.
Life Is All About Planning !
Selalu dengar motivator akan cakap berulang-ulang LIFE IS ALL ABOUT PLANNING. Tanpa perancangan yang baik, perjalanan akan jadi kucar kacir. Perancangan yang baik biasanya akan membuahkan hasil yang baik kecuali berlaku dugaan-dugaan diluar jangka yang tidak dapat dielakkan. Betul tak?
kredit to google
Perancangan Masa Depan
Masa kecil, ibu ayah yang mengusun dan merancang apa yang perlu kita buat sehinggalah kita pandai untuk berfikir sendiri. Ayah ibu pastinya akan rancang yang terbaik untuk anak-anak mereka membesar menjadi insan berguna dunia akhirat.
Bila dah masuk sekolah menengah, kita sedikit demi sedikit dah pandai merancang untuk masa depan kita sendiri. Pada ketika ini, ibu bapa seharusnya tidak terus melepaskan pemantauan terhadap perancangan anak-anak. Takut mereka tersasar daripada landasan.
credit to google
Bila dah masuk alam pekerjaan, perancangan lebih besar kita buat. Rancang untuk mula ada pemilikan aset, berkeluarga dan sebagainya. Masa ni dah kena pandai juga merancang perjalanan kewangan masing-masing. Masa ini kitalah yang menyusun atur semua. Baik perancangan, baiklah hasilnya.
Perancangan kewangan biasanya memang menjadi isu utama bila dah berkeluarga. Tambah-tambah bila dah ada anak. LIFE IS ALL ABOUT PLANNING! Rancanglah elok-elok perjalanan kewangan keluarga korang. Jangan malu untuk bertanya kalau tiba-tiba korang rasa stuck. Kenaikan harga barangan pengguna memang di luar jangka dan plan. Tiap-tiap minggu kena revise budget family. Bukan korang je, akak pun sama. Allocation setiap minggu kena asingkan. Kalau ada lebihan dihujung minggu ...alhamdulillah. Kalau ngam-ngam pun syukur sangat, yang risau kalau tak cukup.
credit to google
Dalam keadaan begini, tabungan memang sangat penting. Tak perlu banyak, dapat asingkan sedikit setiap bulan pun dah cukup baik.
Buat Kerja Part Time
Tak salah untuk korang cari kerja part time untuk menampung keperluan. Tapi biarkan kerja yang mampu kita buat. Jangan buat kerja yang diluar kemampuan, nanti hidup akan jadi tambah stress. Ada macam-macam cara untuk korang buat kerja part time ni. Tak semestinya terikat dengan waktu kerja. Kalau boleh biarlah masa kerja yang fleksibel supaya korang boleh buat perancangan yang lebih baik. Berblog pun merupakan salah satu cabang kerja part time. Kena pandai rancang, kena pandai susun..in sya Allah boleh menjana pendapatan yang lebih baik. Dah ramai blogger yang berjaya mendapat pendapatan bulanan yang berbaloi-baloi setiap bulan. Yang penting korang kena rancang ke arah mana tujuan korang.
Akak sendiri sendiri bercadang untuk buat apa yang akak suka. Merancang untuk tidak terikat dengan masa kerja. Bila dah ada plan kenalah atur strategi ke arah itu. Tercapai atau tidak, kenalah kita sentiasa membuat pemantauan. Bangun semula bila tergelincir. Rancang semula. Moga aspirasi akak untuk buat apa yang akak suka dan menjana pendapatan tambahan tercapai sebelum bersara.
Peringatan pagi Jumaat untuk diri sendiri jugak.
10 Comments
Merancang itu bagus.. dan sentiasa kena ada plan tambahan..
ReplyDeletebetul tu..bersedia dalam apa juga keadaan
Deletesalam jumaat cik kak tuu., ;p
ReplyDeleteterima kasih masuk sini
DeleteSA tengah buat sekarang kak Azi...amik order masakan...mingu ni banyak order rendang dan sambal paru..next tak tau plak apa lagi orang order..SA nekad buat part time...
ReplyDeleteAlhamdulillah SA, moga bertambah murah rezeki
DeleteSalam Jumaat kak.
ReplyDeleteSetiap hari memerlukan perancangan kan kak. Dan byk pilihan yg kena di buat dlm merancang. Kalau salah merancang jgn putus asa. Kena cuba dan cuba lagi :)
Usaha sehingga tercapai apa yang kita inginkan
DeleteBetul.. planning yg betul baru halatuju betul
ReplyDeletesupaya jalan tak celaru kan
Delete