Syawal dah semakin ke penghujung. Korang dah selesai puasa enam tak? Akak baru di pertengahan, harap-harap dapat selesaikan sebelum minggu ini berakhir.  Sempat lagi ni. Pada yang tak mula lagipun, masih ada kesempatan untuk buat lagi ni.  Bermula dari Syawal pertama, jadual akak agak padat sikit.  Hari kerja dan hujung minggu ada macam-macam aktiviti yang perlu di buat. Blog akak ni pun dah macam terabai je. Baru nak bercerita tentang Syawal tahun ni secara pukal...hahhaha

Persiapan Sebelum Raya

Macam biasa semuanya untuk keluarga.  Tahun ni banyak yang last minute plan, daripada persediaan untuk anak-anak sampailah plan balik beraya. Walaupun last minute, tapi tersusun takde yang kelam kabut.  Kat ofis macam biasa, ada sesi fotografi.  Bos akak kali ni memang rajin pulak merakamkan gambar-gambar istimewa kat ofis.  Selalunya akak la yang kena jadi jurukamera nya. Tak best bila jadi jurukamera ni sebab gambar sendiri takde. 


sambutan hari raya, aidil fitri 2017, warna warni aidilfitri


Sambutan Hari Raya

Tahun ni memang sangat bermakna buat akak dapat peluang beraya di kampung akak dulu.  Biasanya kami akan beraya di kampung hubby dahulu. Memandangkan adik beradik akak bersetuju untuk berkumpul pada hari raya pertama maka akak pun bertukar planlah.  Balik Melaka pun betul-betul malam raya.  Alhamdulillah jalan clear.


sambutan hari raya, aidil fitri 2017, warna warni aidilfitri


Tahun ni bertemakan hijau dan purple. Anak-anak semua nak pakai warna hijau, tahun ni adik wan yang pilih warna. Ayah ibu guna mana yang ada aje. Tak sangka pulak family abangpun beraya sedondon warna hijau. Maka sana sini kulihat hijau.


sambutan hari raya, aidil fitri 2017, warna warni aidilfitri



Meriah bukan main bila anak cucu cicit berkumpul. Penuh rumah daripada depan sampai ke dapur. Makan sembang makan sembang di tambah pulak bila ada sepupu dan jiran yang datang beraya. Memang tak menang tangan tuan rumah.  Selalu beraya dengan ketupat palas dan pulut tapi kali ni beraya dengan ketupat nasi dan lontong. Berbezakan menunya!


sambutan hari raya, aidil fitri 2017, warna warni aidilfitri



Bila dah berada di kampung, ambil peluang jugaklah berjumpa kawan-kawan seperjuangan.  Kawan-kawan sekolah yang masih berhubung sampai sekarang.  Bila jumpa memang perangai masa sekolah keluar semula.  Hubby dan anak-anak dah faham dah dengan kami. Kami semua ni pun dah macam satu keluarga yang besar. Mesti korang pun sama kan!


Rumah Terbuka

Bila dah beraya tentulah hujung minggu dipenuhi dengan jemputan rumah terbuka.  Hari biasa pulak jemputan ofis terbuka dari satu tingkat ke satu tingkat.  Minggu lepas tingkat ofis akak ber Open House. Meriah bukan main dengan tetamu dan makanan.  Makan sembang selfie dah macam perkara wajib buat pulak.


sambutan hari raya, aidil fitri 2017, warna warni aidilfitri


sambutan hari raya, aidil fitri 2017, warna warni aidilfitri




Memang meriah raya kali ini.  Yang penting dapat jumpa semua.  Bila dah berkumpul baru perasan...eh dah besar rupanya keluarga aku ni!  Syukur sebab masih berkesempatan meraikan bersama.

Tahun depan ....tak tahu lagi.......



10 Comments

  1. bulan raya bulan yang dimaafkan untuk makan makan dan makan he he..slmt hari raya kak Azi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah rasa macam dah terlebih makan..hehehhe

      Delete
  2. Assalamualaikum Wrmbth

    Alhamdulillah, syawal dah berlalu pergi

    Pemergian ramadhan di tangisi

    Syawal dirai

    Tapi tetap kena usaha puasa 6 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah tahun ni dapat selesaikan puasa 6 .

      Delete
  3. timm pun tahun ni seronoknya berya sbb dh 2 taun brya kena kje..alhmdulilah rezeki Allah kan..

    ReplyDelete
  4. sempat lagi kan kalau nk cakap selamat hari raya? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat...sempat...akak pun ucapkan selamat hari raya

      Delete