Pagi ni cuaca mendung.  Salah satu group wasap kawan-kawan mengirimkan lagu-lagu nyanyian Dato M. Nasir. Akak salah seorang peminat nyanyian Dato M Nasir.  Tiba-tiba teringat penyanyi tanah seberang yang juga lenggok gaya seperti dato' iaitu Ebiet G Ade.  Korang yang muda belia mungkin tak kenal siapa beliau ini.  Tapi pada peminat lagu-lagu yang bergaya puitis dan emosi mungkin akan kenal dengan penyanyi ini.

Lagu-lagu beliau lebih kepada berunsur kemanusiaan dan kasih sayang.  Kalau yang menghayati memang boleh layan jiwa.  Salah satu lagu yang akak minat ialah Berita Kepada Kawan.  Teringat kawan-kawan pagi ni.  Di usia begini salah satu yang akak suka buat ialah bertanya khabar kawan-kawan yang dulu seperjuangan dan sekiranya berkesempatan berjumpa bertukar-tukar cerita.  

Akak share lagu ni.....


BERITA KEPADA KAWAN

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan

Sayang engkau tak duduk disampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan cuba dengar apa jawapnya
Ketika ia ku tanya mengapa
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu,
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawapnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita yang selalu
Salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang



6 Comments

  1. Replies
    1. lagu-lagu nya punyai lirik yang menarik untuk dihayati dan difikirkan

      Delete
  2. Best juga lgu ni. Mama xpenah dengar lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jarang ke udara di sini mungkin sebab tak ramai peminat genre muzik begini

      Delete
  3. Tak pernah dengar..tapi okey gak lirik dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang terdengar di radio kat malaysia ni. Suka jugalah layan genre lagu begini sebab dia bawa kita berfikir.

      Delete