Miliki Wajah Cantik Dengan Syahirah Korean Secrets
Miliki Wajah Cantik Mulus Persis Artis Korea
Mesti ramai yang minat tengok cerita korea kan? Bila tengok tu mesti berangan-angan nak miliki kulit wajah yang cantik mulus persis artis Korea. Sapa yang tak nak cantikkan? Korang jangan risau, akak nak share rahsia macamana korang boleh milih kulit wajah yang cantik mulus persis artis Korea.
Jangan risau...
SYAHIRAH, ada
penyelesaianya!
Memahami impian setiap gadis yang ingin memiliki kulit
yang cantik mulus sekata bagaikan artis korea, SYAHIRAH
– rangkaian penjagaan kecantikan Halal sejak tahun 2007 kini berbangga untuk
membawakan inovasi baharu buat semua pencinta produk kecantikan Korea. Menurut
pengurus pemasaran SYAHIRAH, Shariza Hazni “Kajian yang kami lakukan mendapati kebanyakan pengguna produk
kecantikan teruja untuk mencuba pelbagai produk kecantikan
dan penjagaan wajah dari negara Korea, namunbimbang
jika bahan-bahan yang digunakan benar-benar selamat dan Halal. Sebagai jenama
tempatan yang lebih arif tentang jenis dan keadaan kulit si gadis, SYAHIRAH
membawakan sebuah rangkaian kecantikan yang sesuai untuk diaplikasi dan
sememangnya Halal tanpa sebarang keraguan”.
Formulasi gabungan teknologi terkini dari
Korea dengan ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju, Korea iaitu
Tri-Flower Essence yang dirumus khas dengan manfaat pencerahan serta
penghidratan yang diperakui Halal oleh JAKIM, hebat membantu kulitmu untuk tampil
cantik mulus sekata sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk menyerlah!
SYAHIRAH membawakan kepada pengguna 2 rangkaian penjagaan wajah di bawah SYAHIRAH KOREAN
SECRETS. Nikmati lebih pilihan untuk kulit wajah
cantik mulus sekata dan jelita cerah berseri sepanjang hari. Rangkaian
Hydra Soft ataupun White Glow, kedua-duanya pasti membuatkanmu persis gadis
Korea!
Memperkenalkan, SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft rangkaian istimewa
sesuai untuk gadis yang menginginkan kulit wajah cantik mulus sekatayang dirumus
khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan
putih iaitu bunga Ginseng, Chamomile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan
kelembapan agar kulit sihat, dan mulus sekata. Bukan itu sahaja, ia juga
memilki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk
mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus
sekata secara semulajadi.
SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini
mengandungi 5 produk hebat iaitu Gel Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar Tanpa
Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan yang menjadi rejim kecantikan
lengkap untuk kulit cantik dan mulus sekata.Penggunaan rona biru aqua cerah
sebagai simbolik kelembapan & penghidratan dicalit pallete putih bersih
bunga pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft pasti menyerlahkan
rasa segar sesuai dengan manfaatnya yang pasti menyerlahkan sisi “personaliti
Korea” yang ada dalam dirimu!
Rejim lengkap Syahirah Korean Secrets Hydra Soft:
Skrub Muka: Diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan
kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin.
Gel Pembersih Muka: Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara
kelembapan kulit.
Penyegar Tanpa Alkohol:Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran
kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk
selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.
Krim Pelembap: Membantu membekalkan kelembapan
untuk kulit wajah yang segar berseri.
Krim Kecantikan: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu
menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.
Dia si gadis Korea yang jelita cerah berseri |
Bagi si gadis yang inginkan pilihan lain untuk tampil dengan
kejelitaan cerah berseri, SYAHIRAH menawarkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow yang
direka khas dengan agen pencerahan dari Tri-Flower Essence dengan campuran
bunga-bungaan merah jambu iaitu bunga Sakura, Lotus dan Camelia yang membantu
memberi pencerahan pada kulit wajah agar tampil cerah berseri! Juga diperkaya
dengan manfaat penghidratan serta dapat mengurangkan rengsa dan ketidak
selesaan pada kulit.
Rangkaian SYAHIRAH KOREAN SECRETS White mengandungi 6
produk hebat iaitu Pembersih Muka, Pembersih Muka Anti-Jerawat, Penyegar Tanpa
Alkohol, Krim Siang SPF20, Krim Malam serta Krim Kecantikan SPF15 yang menjadi
rejim kecantikan untuk kulit cerah berseri. Penggunaan rona merah jambu yang
sepadan dengan ramuan yang digunakan serta bersulamkan warna putih yang
mencerminkan manfaat kecerahan pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow.
Kini,
berlari dan menari bagai artis K-pop di bawah sinaran mentari bukan lagi
masalah buatmu!
Rejim lengkap Syahirah Korean Secrets White Glow:
Gel Pembersih Muka Anti-jerawat: Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada
kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam.
Gel Pembersih Muka:Membantu membersihkan sisa kotoran pada kulit wajah di
samping meningkatkan kecerahan kulit.
Penyegar Tanpa Alkohol:Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran
kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk
selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.
Krim Siang SPF 20:Membantu mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit
wajah. Dengan SPF 20 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya
UVA & UVB.
5 Krim Malam: Membantu untuk mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah.
Teksturnya yang lembut dan kurang berminyak memberi keselesaan dan kesegaran
pada kulit semasa tidur.
6 Krim Kecantikan SPF 15: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup
cela, jeragat serta meratakan tona kulit.Dengan SPF 15 ia membantu melindungi
kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB
Tetapkan pilihanmu dan dapatkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS sekarang
untuk tampil cantik mulus sekata persis gadis Korea!
Info Lanjut Produk
Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia, termasuk
pasaraya besar dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Instagram : @
syahirahmalaysia
2 Comments
Wahh nak smabut Raya ni eloklah beli. Baru lah cantik aje kan muka nanti. Heheh
ReplyDeletesyok tengok. umur 40an macam akak ni boleh ke pakai ya? ;)
ReplyDelete