Bila masuk bulan Ramadhan, biasanya ada pelbagai rancangan TV berkaitan yang disiarkan terutama drama keluarga dan slot masakan.  Biasanya kisah-kisah yang berkisarkan kekeluargaan memang mendapat rating baik tambah-tambah disiarkan sebelum masing-masing sibuk menyediakan juadah berbuka.

Ketupat Rendang Brownies Cookies Drama Keluarga Menarik

Tertonton drama ini sambil menyiapkan kerja harian. Itupun akak tengok secara online.  Drama keluarga lakonan Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Khatijah Tan, Meor Hashim Manap dan ramai lagi yang lain ni macam menarik pulak untuk ditonton.  Daripada tajuk pun dah nampak macam ada suasana yang berbeza cuba dibawakan oleh pengarahnya.....yang lama dan yang baru.


drama keluarga, ketupat rendang, drama ramadhan


Drama ini dibawa oleh Panasonic mengisahkan tentang seorang anak yang dah lama tidak pulang menyambut Hari Raya bersama ibu bapanya di kampung disebabkan sibuk dengan kerja. Wan dan Tok Wan yang merindukan cucu-cucu mereka membuat kejutan dengan datang ke rumah anak mereka di bandar. Ada pertentangan sedikit antara Wan dan menantunya bila berkisah tentang masakan yang mana si menantu lebih suka menggunakan alat-alat moden bagi menyiapkan kerja-kerja di dapor dengan lebih cepat.  Manakala si ibu mertua lebih kepada cara tradisi untuk menambah keenakan dalam masakan . Pelbagai situasi yang cuba disampaikan melalui cerita ini.

Drama 4 episod ini disiarkan setiap hari Khamis jam 6 petang di TV3. Akak tengok online jer...

2056

3 Comments

  1. la dram upnya..ingtakan resepi ketupang redang td..hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Ooo...4 episod je ye? Best jugak ni

    ReplyDelete
  3. ooo.. 4 episod je ye? tengok iklan pun macam best..

    ReplyDelete