Pada yang masih mencari-cari pilihan sesuai di hari raya, apa kata korang cuba koleksi qurta Sweet Aiman ni.  Sesekali berubah anginkan...ala-ala hipster sikit.  Akak pun tengah mencari-cari baju untuk anak-anak ni, bolehlah tengok-tengok kan....

Setelah medapat kejayaan dengan produk kosmetik Sweet Aiman, kini Amin Tino mengorak langkah dan ingin menerokai dalam bidang fesyen pula. Maka kini lahirlah “Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity”  Qurta yang berkonsepkan "hipster" ini ialah sebagai hadiah Iman kepada peminat peminat nya sempena menyambut Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti.


gaya hipster, koleksi qurta, sweet aiman


Aiman memilih konsep Qurta “hipster” ini kerana ianya menampilkan elemen keselesaan dan kasual bagi semua peringkat umur.  Qurta by Sweet Aiman ini juga terdiri daripada sepuluh warna yang terkini dimana ia nya dipilih oleh Aiman sendiri. Apa yang menarik tentang koleksi pakaian Qurta by Sweet Aiman ini ialah kerana ianya bercirikan "unisex" dimana ia boleh juga digayakan oleh wanita juga. Pemilihan rekaan dan corak Qurta ini adalah inspirasi Aiman Tino bersama Dato’ Ryzal Jamaludin, iaitu pengasas produk Wonder Glow. 

gaya hipster, koleksi qurta, sweet aiman


Sempena menyambut bulan Syawal yang akan menjelang nanti, Aiman Tino juga tidak ketinggalan mengeluarkan lagu raya. Lagu berjudul Lara Dalam Kerinduan yang telah dimuatkan di saluran YouTube pada 12 May 2017 yang mana kini telah mendapat sejuta lebih penonton. 

gaya hipster, koleksi qurta, sweet aiman



Pihak Sweet Aiman jugak ingin merakam ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Busana @Menara Mara Kuala Lumpur dan juga Mara Inc kerana menaja lokasi untuk Majlis Pelancaran "Qurta by Sweet Aiman" ini.

Harga jualan di Mydin adalah RM 79.90 sahaja. Bagi peminat Aiman Tino yang ingin mendapatkan koleksi pakaian Qurta ini, sila kunjungi rangkaian terpilih Mydin Hyper Market di seluruh Malaysia. Diantarannya ialah :

1) Mydin USJ Subang, 
2) Mydin UTC Melaka, 
3) Mydin Bukit Mertajam Pulau Pinang, 
4) Mydin Kubang Kerian Kelantan, 
5) Mydin  Pelangi Indah Johor Baru, 
6) Mydin Meru Raya Ipoh  
7) Mydin Sinar Kota Kuala Lumpur 
Dan semua kaunter Wonder Glow seluruh Malaysia bermula pada awal Ramadan ini.

Bagi memeriahkan lagi jualan Sweet Aiman dan juga Qurta by Sweet Aiman, sebagai tanda terima kasih pihak Sweet Aiman melancarkan peraduan yang diberi nama “ Soul to Seoul Contest Sweet Aiman”. Peminat-peminat berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebuah kereta Toyota Vios, percutian ke Korea serta wang tunai RM10, 000. Nilai keseluruhan hadiah adalah sebanyak RM500, 000.

Cara untuk menyertai  peraduan ini adalah mudah sahaja. Untuk setiap pembelian produk kosmetik atau pakaian Qurta adalah layak untuk menyertai peraduan “ Soul to Seoul Contest Sweet Aiman.” Pembeli perlu mengimbas QR CODE yang tertera dibelakang kotak produk atau “tag” pakaian. Setelah imbasan QR CODE dibuat, pembeli akan dibawa ke laman web Peraduan Sweet Aiman dimana pembeli boleh mengisi maklumat-maklumat seperti yang dikehendakki di borang peraduan “on-line” di lama web tersebut. Pembeli perlu menyimpan resit pembelian dan nombor ID Sweet Aiman yang terdapat pada setiap kotak produk  sebagai bukti pembelian. Cabutan bertuah akan diadakan pada bulan September 2017.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Tel          : +6016 7094042
Email      : sweetaiman360@gmail.com

1 Comments

  1. Wah....first time tengok kurta unisex ni. Hebat business Aiman Tino kan ;)

    ReplyDelete